Dari andaian menjadi kebenaran

Petikan dari manuskrip yang sedang dalam proses akhirnya untuk dihantar ke PTS Millennia.

Dari andaian menjadi kebenaran.

Seorang lelaki tidak akan membiarkan jangkaan-jangkaannya terhadap seorang perempuan dalam tempoh lama. Selagi mana ia tidak dibuktikan, sukar untuk lelaki berpuas hati. Maka ada pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh lelaki untuk menguatkan jangkaan awalnya terhadap seorang perempuan adalah betul.

Tahu, tetapi berpura-pura tanya

Lelaki tidak mudah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi dari satu sumber. Perlu ada orang kedua dan ketiga untuk menyebut perkara yang sama. Kerana itu, lelaki akan bertanyakan lebih dari seorang tentang perempuan yang menarik perhatiannya.

Ada keadaan apabila lelaki akan terus bertanyakan kepada perempuan tersebut. Ia akan dibuat dengan gaya bersahaja untuk mengelakan perempuan berasa curiga dan berhati-hati dengan soalan-soalan yang diajukannya.

Seandainya lelaki itu mendapat tahu perempuan yang menarik perhatiannya gemar melakukan kerja sukarelawan di satu-satu tempat, maka lelaki akan bertanya dalam tiga keadaan,

Mewujudkan orang ketiga sebagai pencetus soalan.

“Hari itu rakan-rakan sepejabat nampak awak di rumah anak-anak yatim. Pejabat kita ada anjurkan program khidmat baktikah?”

Melibatkan dirinya dalam soalan.

“Selalu saya nampak awak di sekitar Gombak. Rasa-rasanya setiap minggu juga. Awak ada keluargakah di sana?”

Meminta pandangan dan nasihat.

“Awak tahu mana-mana rumah anak yatim di sekitar Gombak? Mungkin tempat yang awak pernah pergi. Saya bercadang hendak pergi melihatnya untuk program khidmat bakti pejabat kita ini.”

Senyap, jangan bersuara.

Ada lelaki yang cukup selesa dengan hanya memerhatikan sahaja tingkah laku perempuan. Tidak ada orang lain terlibat dengan pendekatan ini. Bagi lelaki, cukuplah seorang sahaja yang tahu dan mengesahkan apa-apa sahaja maklumat yang diterimanya.

Lelaki akan menjadikan dirinya halimunan dari pandangan perempuan. Iaitu dengan tidak mendedahkan dirinya secara terang-terang ketika memerhatikan perempuan tersebut. Lagaknya umpama mata-mata yang mengekori suspek. Tetapi tidaklah keterlaluan. Pendekatan ini akan berubah apabila lelaki yakin dengan apa yang dilihatnya.

Antara kaedah yang digunakan oleh lelaki berkerjaya dalam pendekatan ini ialah, kerap datang ke bahagian-bahagian tertentu untuk meninjau-ninjau, sengaja buat-buat sibuk di meja kerja untuk melengahkan masa, keluar lewat dari pejabat atau pulang lebih lambat selepas waktu kerja. Dalam keadaan-keadaan ini, ada waktunya lelaki akan curi-curi pandang aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan harapan ia dapat mengesahkan maklumat yang diterimanya.

Misalnya, lelaki mendapat tahu perempuan idamannya adalah seorang yang bersemangat bercerita tentang perniagaan MLM dengan rakan-rakan sekerja. Waktu minum jam sepuluh pagi, lelaki akan sengaja duduk di meja kafeteria berhampiran perempuan dan rakan-rakannya untuk mendengar bentuk perbualan mereka. Maklumat-maklumat yang disahihkan ini melalui pendekatan perhati dan dengar akan digunakan untuk memikat.

Jika di perpustakaan, pelajar lelaki akan duduk secara menghadap dari meja yang berbeza untuk memerhatikan gerak geri perempuan. Perempuan hanya akan menyedari keadaan ini apabila mendapati lelaki yang sama yang kerap di dilihatnya dari kedudukan yang sama setiap kali di perpustakaan.

Pendekatan tabung uji

Tabung uji di makmal-makmal sains sentiasa digunakan untuk melakukan ujikaji terhadap sebarang campuran cecair dan gas untuk mengetahui hasilnya. Pendekatan tabung uji lelaki pula dengan mewujudkan sau situasi dengan tujuan melihat reaksi perempuan tersebut. Situasi tersebut kebiasaannya diwujudkan dalam perbuatan atau kata-kata.

Misalnya, lelaki akan bercerita tentang sesuatu bertujuan mendapat reaksi dari perempuan yang mendengar. Jika lelaki ini mengetahui perempuan tersebut mudah hiba dan sedih dengan mendengar kisah malang orang lain, maka ceritalah sebeginilah yang akan diceritakan untuk mengetahui sejauh mana kebenaran maklumat tersebut.

Rakan-rakanmu adalah dirimu.

Jangkaan lelaki terhadap sifat-sifat seorang perempuan turut berkait rapat dengan jenis rakan-rakannya. Siapakah mereka, bagaimana mereka berinteraksi, gaya pemakaian mereka dan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan akan dijadikan sebagai maklumat awal untuk mengenali perempuan yang diminati.

Anak siapakah ini

“Siapa staf perempuan yang baru bekerja di bahagian kita?”
“Staf yang mana satu?”
“Staf yang siapkan laporan kita semalam tentang program penajaan untuk program karnival bulan hadapan.”
“Oh, itu Suraya.”
“Dengar kata anak pengarah urusan betulkah?”
“Ya, anak sulung dia. Ayah dia yang desak dia bekerja di sini. Dibandingkan dengan yang lain, Suraya lebih teliti dan cekap. Tak banyak bercakap, lebih suka mendengar.”
“Baguslah, apa-apa masalah kita bolehlah Suraya sampaikan kepada ayahnya. Tapi tak percayalah, mana tahu dia pula yang mengadu tentang kita.Kalau tidak, mustahil dia nak bekerja di bahagian kita.”
“Eh tidaklah. Suraya bukan jenis macam itu. Tapi kalau berkaitan dengan kerja ayahnya, memang dia tegas sikit. Nampak sahaja lembut. Lagipun, memang dia sendiri hendak bermula dari bawah.”

Lelaki juga akan berpura-pura tidak mengenali perempuan yang menarik perhatiannya dengan sengaja bertanyakan kepada orang lain. Ini akan memudahkan segala jenis maklumat disampaikan kepadanya.

Dalam bertanya, lelaki juga menggunakan pendekatan serkap jarang, memuji dan merendah-rendahkan perempuan tersebut untuk mendapat lebih banyak maklumat. Meskipun ia berisiko, tetapi mendapat apa yang diingininya cukup berbaloi untuk bertindak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: