Stereotaip, makin dengar makin percaya.

Catatan manuskrip jam 3.16 AM
Stereotaip, makin dengar makin percaya.

Kebanyakan orang mentafsir kecantikan dengan kayu ukur yang dibentuk sendiri. Ia boleh menjadi sesuatu yang dapat diterima dalam satu kelompok tetapi ditolak oleh kelompok yang satu lagi. Dalam beberapa keadaan, definisi cantik antara individu dengan individu yang lain mempunyai perbezaan.

Definisi kecantikan diperjelas dengan cara yang salah sehinggakan ia menjadi pegangan umum bersifat palsu. Lebih jauh lagi, ia boleh memberi kesan kepada emosi seseorang yang berhadapan dengan stereotaip ini.

Tanpa sedar, manusia dibahagi-bahagikan antara cantik dengan kurang cantik dan semestinya yang cantik itu dilihat indah sempurna, si kurang cantik penuh cacat cela. Stereotaip dalam menggambarkan kecantikan meletakan satu definisi umum dan sama kepada setiap orang. Ia memerangkap lelaki untuk menentukan kecantikan dengan cara yang dilihat betul oleh orang ramai.

Stereotaip kecantikan sentiasa mengandaikan orang itu turut cantik gaya sosialnya dan mempunyai karakteristik yang memenuhi keperluan itu. Namun begitu, dalam pencarian cinta lelaki dalam kelompok budaya yang tidak terdorong kepada sifat individualistik, stereotaip sebegini tidak akan berjaya kerana kelompok budaya ini melihat kepada unsur-unsur dalam sebagai kecantikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: