Selamat datang saudaraku

Saudara Muntakal (Ghana) dan saudara Ahmad Basree dari Georgia, Amerika Syarikat

Ustaz Fauzi Muda, Pengetua Kolej Kediaman Ali. Bersikap terbuka dengan para pelajar dan sentiasa bersedia mendengar idea-idea baru mereka. Lebih penting, amat menyokong untuk merealisasikanya

Sabtu lalu, lebih seratus pelajar mendaftar untuk mendiami kolej kediaman Ali Ibn Abi Talib. Jangkaan kami yang menguruskan sesi orientasi ialah sekitar 46 orang sahaja. Pada awalnya, kami dimaklumkan hanya jumlah itu yang akan mendaftarkan dan kesemuanya guru. Sehinggalah pada hari pendaftaran, majoritinya ialah pelajar antarabangsa.

Aku berkenalan dengan seorang pelajar yang berasal dari Amerika Syarikat. Bagi aku untuk berkomunikasi dengan mereka agak sukar, melainkan aku tahu apa yang boleh memanjangkan perbualan kami. Sahabat bernama Ahmad Basree ini mengingtakan aku kepada gaya pelakon-pelakon Hollywood berkulit hitam di sana. Susah benar hendak mendengar slanga Amerika di sini. Mungkin rezeki kali ini untuk mendengar secara lansung.

Dalam mencari-cari isi cerita yang boleh dikongsikan, aku bertanya tentang negeri tempat beliau menetap. Katanya dari Georgia. Secara automatik, otak aku teringat lagu kebangsaan mereka dan menyanyikan sedikit lagu tersebut. Terkejut saudara Ahmad dengan sikap spontanku.

Lagu kebangsaan bagi negeri Georgia adalah hasil karya Ray Charles yang menggabungkan elemen muzik kulit hitam dan orkestra Barat. Aku terhafal lagu ini kerana menonton filemnya melebihi sekali. Tambahan lagi ketika di Ansar Channel, seorang staf di sana gemar memainkan lagu ini dalam pejabat dan keretanya. Lama-kelamaan terhafal.

Dek kerana lagu Georgia, kami berbual panjang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: