Budaya Membaca Dato Seri Anwar Ibrahim

Budaya Membaca Dato Seri Anwar Ibrahim

Petikan dari http://anwaribrahimblog.com/index.php?paged=5

Saya dilatih ibu dan ayah sejak kecil, “dipaksa” membaca termaksuk waktu cuti sekolah. Kawan-kawan saya di Cheruk Tok Kun menayakan mengapa membaca di musim cuti? Demikian budaya kita di kala itu, tidak budaya Iqra’.
Di Kolej Melayu (MCKK), kami diwajibkan membaca sebuah buku setiap minggu, sehingga menjadi budaya.

Memandangkan pergaulan, kerjaya dan minat yang pelbagai saya terpaksa menggali khazanah dari pelbagai sumber. Umpamanya di kebelakangan ini, membaca buku terbitan IIIT terbaru mengenai Imam Shatibi dan Maqasid Shariah kerana isu tersebut banyak saya sentuh dalam ucapan.

Buku Dan Brown Da Vinci Code kerana semua anak-anak saya membaca; beberapa buku mengenai Shakespeare termasuk A Year in the Life of William Shakespeare 1599 yang kini sedang dibaca sebagai persiapan untuk Persidangan di Brisbane pada 19 Julai.

Minggu lalu dalam penerbangan pulang dari Istanbul, saya selesai membaca Guns, Germs and Steel : The Fate Of Humanities karangan Jared Diamond, prog UCLA.

Jared dalam buku tersebut mengenengahkan teori pengaruh persekitaran dalam tamadun manusia, kajian sejarah yang menjangkau 13 ribu tahun. Menurut beliau penguasaan teknologi makanan di peringkat awal, penguasaan senjata, teknologi pada asasnya ditentukan oleh persekitaran dan budaya.

Antara contoh yang menyayatkan ialah bagaimana penjajahan Sepanyol (conquistador) menapak di pergunungan Peru, di Cajamarca dalam tahun 1532. Francisco Pizarro mengetuai tentera seramai 168 orang telah menumpaskan 80,000 tentera Kerajaan Incas dan menawan serta kemudiannya membunuh Maharaja Atahuallpa. Begitu juga manaka Cortez mengalahkan Kerajaan Aztecs.

Terdapat penyingkapan sejarah pertanian dan penternakan, jenis binatang ternak dan kaitan dengan kaum. Daya tahan dari segi fisik dan budaya dikupas. Penyakit merebak dan mebunuh lebih ramai kaum yang tidak terasuh dengan nilai pemakanan baik.

Umpamanya tatkala Columbus tiba dalam tahun 1492 jumlah penduduk Hispaniola ialah 8 juta tetapi kerana wabak penyakit tidak terdapat seorang pun saki baki penduduk Hispionala dalam tahun 1535!

Selainnya, sila baca.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: