Inspirasi

“Pada hari terakhir arwah hidup. Bas yang dipandunya putus brek. Ketika itu dia hanya ada 2 pilihan. Sama ada masuk ke dalam gaung ataupun merempuh penghalang jalan. Dia memilih merempuh penghalang jalan kerana sekiranya dia memilih gaung, semua yang ada di dalam bas pasti mati. Memilih merempuh penghalang jalan sekurang-kurangya dapat mengurangkan jumlah kematian. Namun pilihan merempuh penghalang jalan adalah pilihan yang paling memeritkan kerana dia perlu mengawal bas di bahagian hadapan dan maut pasti menunggunya.”

Ini bukan kisahku. Tetapi ia adalah kisah seorang anak yang mengagumi kehebatan ayahnya. Catatan tersebut diambil dari blog saudara Alif, penulis dan kartunis bagi novel, Orang Kuat, Syampu, Rahsia Firdaus dan Bergaduh dan Menari.

Aku pulang ke kampung untuk bercuti beberapa hari. Inspirasi blog saudara Alif membuat aku ingin berkongsi Superman dalam hidupku, Allahyarham Mohamad Haji Omar. Seorang juruteknik makmal tabung darah Hospital Besar. Hidup bersamanya membawa kepada pengalaman aku berada di makmal seawal jam enam pagi. Melihat sendiri risiko yang dihadapinya apabila menguruskan bekalan-bekalan darah yang mempunyai virus HIV positif tanpa diketahuinya. Ayah menunaikan kewajipan untuk merahsiakan bekalan darah yang digunakan oleh Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung serta kerabat ketika menjalani pembedahan yang memerlukan beliau membekalkan darah. Serta kesanggupan beliau bersengkang mata membantu mangsa runtuhan Highland Tower selama beberapa minggu.

Sikap seriusnya terhadap kerja banyak mempengaruhi abang-abangku. Catatan akhbar beserta gambarnya adalah keratan akhbar bertarikh 14 November 1993 yang aku temui di rumah baru-baru ini. Laporan ini keluar tiga hari sebelum harijadiku.

Al fatihah untuk pejuang dan pemberi inspirasi, Mohamad B Haji Omar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: