Selamat tinggal nama-nama besar

Mahallah Ali Ibn Abi Talib, kolej kediamanku sejak lima tahun lalu telah kehilangan beberapa nama yang menjadi tunggak kepada perkembangan kolej kediaman ini sejak awal pembukaanya lagi. Antara ahli jawatankuasa pelajar mahallah Ali, kami telah kehilangan saudara Zul, Aznan dan Nizam kerana sebahagian mereka telah tamat pengajian dan bakal menaiki pentas konvokesyen bulan Ogos ini. Sementara itu, felo kolej tuan Rafizal akan meninggalkan kami bagi mengikuti kursus pegawai tadbir diplomat di INTAN. Tuan Tony (nama panggilan) pengusaha kantin kolej tidak dapat menyambung perkhidmatannya sebagai operator makanan di kafe kami. Beliau akan mengusahakan gerai nasi ayamnya di Seri Hartamas.

Hadiah kenang-kenangan dari mahallah Ali kepada tuan Tony
Tuan Rafizal (berdiri) berkongsi cerita zaman pelajar, felo dan pegawai di UIAM
Selama beberapa tahun menjadi pengusaha kafe mahallah Ali, tuan Tony tidak pernah mengambil bayaran bagi segala jenis makanan yang disediakan ketika mesyuarat jabatan sehingga kini mencapai ribuan ringgit, memberi harga murah bagi khidmat katering program pelajar dan sedia bertolak ansur dengan kritikan dan teguran
Kenang-kenangan saudara Asraf dan tuan Rafizal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: