Mohd. Yassin selesa bekerja dengan isteri

Utusan Malaysia 28 Julai 2006
Keluarga

Mohd. Yassin selesa bekerja dengan isteri
Oleh MERAN ABU BAKAR

MOHD. YASSIN Mohd. Yusuff bersama isterinya menyusun baju-baju di kedai mereka.

PERASAAN malu seharusnya ditolak tepi demi mencari pendapatan yang halal. Walaupun ada yang kurang senang dan memandang semacam atau berasa tidak selesa ketika dilayani namun itu semua ditolak tepi. Apa yang penting ialah pendapatan yang diperoleh itu mempunyai berkat.

Itulah di antara cabaran yang dihadapi oleh Mohd Yassin Mohd Yusuff, 42, ketika bersama-sama isterinya, Rugaya Abdul Rahman, 40, berniaga pakaian wanita di pusat beli-belah City Square Plaza.

Twenty Nine Shop yang diusahakan sejak enam tahun lalu dibuka atas inisiatif Rugaya yang terlalu meminati bidang perniagaan. Apa tidaknya, Rugaya sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang membabitkan diri dalam perniagaan.

Semasa pertemuan dengan Rugaya di kedainya itu, beliau berkata, arwah bapanya pernah berniaga buah-buahan di Tanjung Malim, abangnya berniaga kedai makanan di Chow Kit sementara kakaknya turut berniaga pakaian di Maju Junction.

“Mungkin saya telah terbiasa dengan keluarga yang sibuk berniaga dan atas sebab itulah juga saya turut berniaga,’’ kata ibu kepada seorang anak perempuan, Nur Athirah, 10.

Rugaya yang mula berniaga sejak lapan tahun pada mulanya hanya berniaga alas meja, lapik belakang kerusi dan barangan dari China pada bulan puasa di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sementara itu menurut Mohd Yassin, pada mulanya beliau langsung tidak mencampuri perniagaan isterinya memandangkan beliau sendiri bekerja di sebuah syarikat peminjam wang.

“Apabila saya berhenti kerja tahun lalu, saya bercadang hendak mencari kerja lain tetapi isteri mencadangkan supaya saya membantunya. Setelah memikirkan cadangannya akhirnya saya setuju kerana sekarang pun susah nak cari kerja,’’ cerita Yassin .

Mohd Yassin menyambung, pada awalnya beliau berasa agak segan kerana kesemua pelanggannya adalah wanita. Ada juga pelanggan yang berasa janggal apabila beliau melayani mereka.

Bagaimanapun katanya, lama-kelamaan dengan tunjuk ajar daripada isteri dan melihat kawan-kawan yang turut berniaga di situ, beliau mulai berasa selesa dan kini boleh mengendalikan kerjanya walaupun tanpa isteri.

Menurut Mohd Yassin lagi, jika pada waktu pagi, isterinya akan datang membuka kedai dan membawa baju-baju keluar daripada kedai, beliau pula akan datang pada sebelah tengah hari setelah selesai menghantar anak ke sekolah.

Pada waktu itu, isterinya pula akan pulang ke rumah bagi menguruskan anak dan melakukan tugas-tugas rumahtangga seperti memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: