Buku Malaysia mudah ke pasaran Indonesia, Brunei

Buku Malaysia mudah ke pasaran Indonesia, Brunei
Oleh HASHNAN ABDULLAH
Utusan Malaysia 4/8/6

PUTRAJAYA 3 Ogos – Kerajaan Indonesia dan Brunei bersetuju meminda undang-undang bagi mengurangkan kerenah birokrasi untuk membolehkan buku berbahasa Melayu dari Malaysia memasuki pasaran di negara berkenaan tanpa sebarang masalah.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persetujuan itu dibuat melalui Menteri Pendidikan Nasional Indonesia, Dr. Bambang Sudibyo semasa mesyuarat Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) di Jakarta, Isnin lalu.

Beliau berkata, persetujuan yang sama turut diberikan oleh wakil Menteri Pelajaran Brunei iaitu Menteri Perhubungan, Datuk Seri Abang Abu Bakar Apong.

‘‘Hasil pertemuan pada 31 Julai lalu dengan kesudian pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua negara dapat kita memikirkan semula kedudukan industri buku di Malaysia, Indonesia dan Brunei, khususnya yang berbahasa Melayu.

‘‘Kita perlu lihat dari segi perundangan di ketiga-tiga negara untuk memudahkan buku dijual tanpa sebarang masalah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Eritrea, Dr. Woldai Futur di sini, hari ini.

Isnin lalu, Hishammuddin menghadiri mesyuarat membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Mewujudkan

Hishammuddin memberitahu, dalam dunia tanpa sempadan adalah agak mustahil untuk mewujudkan kekangan bagi menghalang ‘lalu lintas’ buku antara Malaysia-Indonesia-Brunei.

Sehubungan itu, kata beliau, undang-undang yang berkaitan perlu dipinda agar ia selaras dengan kehendak dunia tanpa sempadan.

‘‘Saya beri jaminan kepada Menteri Pendidikan Indonesia yang kita akan kaji semua undang-undang bagi memudahkan buku Indonesia masuk ke Malaysia.

‘‘Pada masa sama, Bambang turut bersetuju berbuat demikian di Indonesia dan Menteri Perhubungan Brunei yang mewakili menteri pendidikannya, pun bersetuju dalam konteks ini,’’ katanya.

Beliau berkata, Bahagian Antarabangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diarah mengadakan mesyuarat atau perbincangan susulan dengan wakil dari Indonesia dan Brunei berhubung perkara itu secepat mungkin.

‘‘Walaupun saya tidak tetapkan tempoh tertentu tetapi berharap ia tidak akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan kerana ia mempunyai kesan sangat baik kepada industri buku bahasa Melayu di rantau ini,’’ katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: