Sincere Approach atau Fear Approach

Wakil Kolej Kediaman Ali Ibn Abi TAlib (Kiri) dan SRC (kanan)
Wakil Kolej Kediaman Ali Ibn Abi TAlib (kanan) dan SRC (kiri)
Presiden MRC Ali yang serius dalam mesyuarat, saudara Haiqal
Saudara Radziq Jalaludin, Presiden SRC

Pertemuan dengan SRC (Majlis Perwakilan Pelajar) UIAM dengan MRC (Jawatankuasa Perwakilan Mahallah) Ali Ibn Abi Talib adalah di luar jangkaan. Pada awalnya disangkakan hanya ada lima wakil dari SRC, yang muncul sepuluh termasuk tuan presiden SRC, saudara Radziq Jalaludin penulis buku Baiknya Remaja Ini terbitan PTS Millennia. MRC diwakili oleh 14 orang wakil dari pelbagai sekretariat. Mereka adalah wajah-wajah baru yang diamanahkan untuk menggerakan kolej kediaman ini.

Isu yang dibincangkan berkenaan perubahan pentadbiran kolej kediaman dari universiti kepada persendirian, iaitu diuruskan sepenuhnya oleh IIU Holding. Perubahan ini melibatkan keputusan pihak atasan dan kebiasaannya tidak melibatkan suara pelajar yang bakal melalui sistem ini. Yuran kediaman akan dinaikan dan katanya, pengurusan ingin meningkatkan kualiti pengurusan.

Tertarik dengan kata-kata saudara Radziq yang mengambil tip dari Presiden UIAM, Datuk Sanusi Junid, “Orang bertindak apabila berhadapan dua pendekatan. Pertama, sincere approach (surat demi surat, laporan rasmi dan permintaan dalam mesyuarat) dan kedua fear approach (Demo aman dengan media, melibatkan pengurusan atasan dan lain-lain).

Agak-agaknya yang mana SRC dan MRC Ali pilih?

1 Komen »

  1. Anonymous said

    Looking for information and found it at this great site… » » »

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: