Kartini Kembali

Kartini Kembali bukanlah ceritaku, Tetapi pelukis dan penulisnya amat berkait rapat dengan hidupku. Abang Yon pertama kali aku kenali ketika kami sama-sama bekerja di Ansar Channel. Setelah beberapa bulan, abang Yon membawa haluan semangat dan cita-citanya ke dunianya sendiri sehinggalah muncul dengan buku ini. Ansar Channel kini melalui peringkat penstrukturan semula yang banyak melibatkan kehilangan tenaga pekerja yang berkemahiran.

Aku melihat beliau sebagai guru pengalaman yang mempunyai turun naik hidup yang mencabar. Tetapi semangatnya membuat beliau melantun kembali. Abang Yon, bukan sekadar ligat dengan pena, malah bicaranya meyakinkan dan lakonannya dalam sebuah drama raya dan iklan boleh tahan. Itu belum ditambah dengan petikan gitarnya.

Meskipun kami tidak sepejabat lagi, kami tetap bersama di bawah bumbung PTS berkarya dalam bidang masing-masing. Cita-citanya dalam menganimasikan Kartini bakal berlaku, mungkin bukan di ANSAR Channel tetapi di satu ruang dan satu peluang lain. Aku yakin, ia akan menjangkau lebih jauh dari apa yang dirancang dahulu, sejauh impian abang Yon.

Kartini Kembali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: