Serangan Syed Munawar

Bercerita tentang pengalaman televisyen, ia adalah sesuatu yang baru dan ‘menakut’kan. Meskipun aku pernah bekerja di sebuah rangkaian televisyen berbayar, ia tidak bermaksud wajahku harus berada di hadapan kamera setiap masa. Sejak Isnin lalu, saudara Anuar dari PTS Pro menghubungiku untuk sesi Resensi Buku, Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan setiap hari selama lima minit.Dua kali juga aku mengelilingi sekitar pusat perindustrian Batu Caves untuk mencari pejabat PTS. Mujurlah ternampak buku-buku di sebalik pintu cermin. Kalau tidak kerana warna-warni buku itu, pasti aku akan tawaf untuk kali ke tiga.

Jam 10.30 pagi, saudara Syed Munawar datang bersama jurugambar dan beberapa orang lain. Rupa-rupanya ada lapan penulis lain akan bersama dalam rakaman secara bergilir. Dalam senarai aku yang pertama dengan tiga buku mewakili PTS Millenia dan PTS Pro. Pada asalnya, aku hanya memfokuskan kepada buku PTS Pro dengan sangkaan panggilan saudara Anuar untuk buku tersebut. Tetapi tidak mengapa, sudah dihalakan kamera dan mikrofon, saudara Syed Munawar pula terpaksa ‘meninggikan’ badanya sedikit (istilahnya camera trick) maka bermulalah penceritaan.

“Tidak ada soalan bocor…,” bilangnya.

Aku bimbang dengan serangan pertanyaannya. Dari buku sehinggalah ke kehidupan peribadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: