SMS Lina Joy Palsu

Petikan blog http://maximpak.blogspot.com/2006/08/berita-palsu.html
BERITA PALSU

Kitaro menerima berpuluh SMS. Kandungannya ialah seperti berikut;

“Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di Mahkamah. Pertubuhan Melayu Kristian telah diluluskan. Sebarkan dan berdoa moga umat Islam selamat…”

Sedihnya, ramai rakan-rakan Muslim Kitaro percaya dan terpengaruh dengan propaganda itu. Malah menghabiskan kredit SMS kerana berita palsu yang bertujuan mencipta fitnah kepada umat Islam.

Kitaro terus ‘delete’ SMS di atas setiap kali menerimanya. Kitaro menganggap ia adalah berita palsu kerana beberapa sebab;

1. Jika benar keputusan Lina Joy telah menang (Federal Court in favor with Lina Joys’ appeal), sudah pasti akan keluar laporan muka depan akhbar arus perdana kerana ia bakal menjadi ‘land mark’ kes di Malaysia sepertimana Meor Atiqul Rahman v. Fatimah Sihi.

2. Jika benar berita tersebut, sudap pasti kumpulan Peguam Pembela Islam akan memobilasikan umat Islam untuk berkumpul di Palace of Justice sepertimana perhimpunan di Masjid Wilayah.

3. Mahkamah Persekutuan membicarakan kes Lina Joy belum lagi bersidang, bagaimana tiba-tiba keputusan sudah ada?

4. Kitaro percaya ini adalah provokasi kumpulan tertentu untuk membakar kemarahan umat Islam, seterusnya bertindak agresif dan akibatnya imej Islam dilihat ekstrim. Dalam erti kata lain, ini adalah propaganda reverse psycohology pihak tertentu.

5. Kitaro berpegang kepada ayat Allah di dalam surah al-Hujuraat;

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (al-Hujurat:6)

Dari huraian di atas, boleh diambil kesimpulan berkenaan dengan kandungan surat Al-Hujurat: 6 di atas sebagai berikut:

1. Orang Islam yang beriman wajip mengambil sikap (tindakan) dengan asas ilmu, iaitu pengetahuan yang akan dipergunakan untuk mengambil sikap pendiriannya. Dan haram mengambil sikap dengan tanpa asas ilmu. Ini diperkuat dengan firman Allah SWT.:

“Dan janganlah engkau mengikuti dengan apa yang engkau tidak mempunyai ilmu mengenai perkara itu. Sebab, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti dimintai pertanggungjawaban atas sikapnya.” Al-Isra’: 36)

2. Apabila menerima maklumat apapun, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan ataupun yang lain, wajib diteliti sumber maklumatnya. Jika yang menyampaikan maklumat tersebut adalah fasik, sama ada berbentuk perseorangan, atau lembaga, akhbar, televisyen, radio yang tidak diasas berdasarkan Islam dan kepentingan kaum muslimin, termasuk lelaki, wanita, ulama’ ataupun bukan ulama’, maka wajib diteliti kebenarannya.

Sebaliknya, jika maklumat tersebut disampaikan oleh pembawa maklumat yang adil, iaitu Islam dan berasaskan Islam serta berjuang untuk Islam, maka boleh diterima langsung.

3. Orang yang adil berkenaan dengan sumber maklumat adalah: (1) Muslim, (2) Baligh, (3) Berakal, (4) Tidak fasik dan (5) Tidak diragukan kredibilitinya sebagai orang yang baik, iaitu: Orang yang senantiasa menjaga takwa, dengan menjauhi dosa besar, dosa kecil dan sebagian perbuatan mubah. Dosa besar adalah dosa yang disebutkan hukumannya di dunia, siksanya di akhirat dan laknat Nabi kepada pelakunya, sebagaimana dijelaskan oleh Ad-Dzahabi. Sedangkan dosa kecil, seperti ingkar janji, tidak dapat menghindari dusta.

Sementara perkara mubah yang mesti dijauhi adalah perkara yang boleh mengurangi kehormatan, seperti makan di jalan, pasar, berteman dengan orang yang fasik dan sebagainya (Taisir Musthalah Al-Hadis, Dr. Mahmud At-Thahhan, 34; Al-Kabair, Ad-Dzahabi, 6; Al-Ihkam Fi Ushuli Al-Ahkam, Al-Amidi, I/263). Maknanya, selain daripada itu semuanya, maklumatnya wajib diteliti dan diperiksa dan diperiksa.

Termasuk di antaranya adalah maklumat yang disampaikan oleh: (1) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya menyebabkannya murtad daripada Islam, seperti Ahmadiyah, Anti Hadis atau yang lain. Ini merupakan pandangan Imam As-Syafi’i, Shufyan As-Sauri dan Jumhur Ahli Ilmu; (2) ) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya tidak menyebabkannya murtad daripada Islam, yang mengajak kepada kelompoknya (Ushul Al-Hadits, Dr. ‘Ajaj Al-Khatib, 273; As-Syakhshiyah Al-Islamiyah, An-Nabhani, I/333-334).

4. Haram menjatuhkan keputusan, atau berpendirian dengan tanpa ilmu, sehingga menimbulkan kezaliman kepada orang lain. Termasuk tidak boleh menghakimi sesiapapun dengan maklumat yang salah, sehingga menyerang sesiapa sahaja dengan emosional.
Ini dijelaskan oleh illat syar’iyah: “sehingga kamu menjatuhkan keputusan berdasarkan kebodohan, tanpa ilmu.” Ini juga menjelaskan bahawa orang Islam tidak boleh mendukung atau mencela pihak-pihak manapun, kecuali dengan asas ilmu, iaitu hukum Islam.

Artinya, siapa yang membela atau mencanggah orang lain wajib dilandasi dengan pertimbangan siapa yang melaksanakan Islam, dengan asas Islam, cara Islam dan semuanya untuk kepentingan Islam. Sehingga, orang Islam tidak jatuh dalam pengambilan sikap yang salah, karena kebodohannya, iaitu membela orang yang tidak melaksanakan Islam, atau mencela orang yang memperjuangkan Islam yang hakiki.

5. Yang juga terkait dengan illat di atas, adalah haram menjatuhkan hukuman kepada sesiapapun dengan informasi sepihak, atau maklumat dari satu pihak. Ini juga ditegaskan oleh Nabi saw.:

“Wahai Ali, jika di hadapan kamu ada dua pihak yang bersengketa, maka engkau jangan memberikan keputusan, sehinggalah engkau mendengarkan daripada pihak yang lain, sebagaimana engkau mendengarkan daripada pihak yang pertama.” (Hadith Riwayat At-Turmidzi dan Ahmad).

Haram berbuat zalim kepada mana-mana kaum, samada lelaki, wanita, kecil, besar ataupun yang lain, serta wajib mengambil sikap adil kepada mereka. Adapun standard keadilan tersebut adalah Al-Haq, iaitu Islam. Adil bermakna lawan kezaliman, dan bukannya menempatkan sesuatu pada tempatnya secara sama dan seimbang.

Sebab, yang paling memahami fitrah manusia adalah Al-Khaliq, sehingga Dia-lah yang berhak menentukan keadilan. Kerana, manusia kadang-kala melihat sesuatu yang baik, sedangkan hakikatnya buruk. Dan melihat sesuatu yang buruk, sedangkan hakikatnya baik. (Ad-Dimuqrathiyah Fi Dhau’i As-Syari’ah Al-Islamiyah, Dr. Mahmud Al-Khalidi, 139-144: 1986).

posted by Kitaro Minami at 2:38 PM

2 Komen »

  1. Anonymous said

    for that case, she didnt won the case. that was the thruth

  2. Anonymous said

    Enjoyed a lot! Totmtom car gps Roof rack canada butalbital cheap Lesbian body builders buick grill withdrawal from antidepressant Lexmark printer setting instructions Ayu cosmetics http://www.barcodescanners7.info/bogotacolombiaflowersend.html

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: