Bersuara ke arah keamanan, gesaan warga kampus kepada dunia

Bersuara ke arah keamanan, gesaan warga kampus kepada dunia
Zamri Mohamad

Serangan demi serangan bom yang menggegarkan Lebanon turut menggegarkan hati dan perasaan umat Islam seluruh. Gesaan dari peringkat kepimpinan kini berakar umbi ke peringkat masyarakat termasuklah warga kampus. Bermula dari Julai sehingga akhir Ogos, ruang awam di sekitar kompleks perniagaan dalam kampus, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi tumpuan para siswa dan siswi meluahkan rasa hati mereka dengan keadaan yang berlaku kini.

Kelab Maaruf (UIAM) menganjurkan siri pengucapan awam di ruang terbuka ini untuk memberi peluang kepada semua untuk meluahkan pandangan dan idea-idea mereka serta menyampaikan protes mereka secara lisan terhadap penindasan umat Islam di peringkat global.

Program yang dianjurkan selama dua bulan ini selari dengan kempen Keamanan dan Keadilan Global yang dianjurkan UIAM selepas pencerobohan Israel bermula.

Ia bukan sekadar program, ruang pengucapan awam ini menjadi tempat warga kampus memberi saranan-saranan mereka sebagai respon terhadap jenayah antarabangsa ini. Diharapkan menjadi titik permulaan untuk warga kampus bertindak sebagai satu ummah ke arah keadilan sejagat.

Pada masa sama, kesedaran orang ramai agar lebih bersikap mengambil berat dan peduli terhadap isu-isu ini menjadi teras kepada program pengucapan awam seperti ini.

Koordinator program, Mohd Fahmi Abdul Jalil yang juga pelajar dari Jabatan Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) berkata, “Kempen yang berlangsung dua bulan ini, 16 orang pelajar secara sukarela dari pelbagai pengkhususan akan memberi ucapan mereka selama lima minit dalam isu-isu berkaitan. Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid turut menggalak para pelajar mengambil pekuang ini untuk turut serta bersama masyarakat dunia menentang segala bentuk ketidak adilan dan penindasan yang berlaku hari ini.”

Nurainaa Bajuni, pelajar Jabatan Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan turut mengambil peluang ini untuk menyampaikan mesej beliau. Jelasnya, ruang yang diberikan seperti ini adalah tempat untuk menghimpunkan manusia dan seterusnya mengajak mereka berfikir. Bagi beliau, pembaikan diri Muslim menjadi jawapan kepada penyelesaian masalah hari ini. Selagi mana Muslim tidak berusaha memperbaiki dalamanya dengan keperibadian positif berteraskan iman, sukar untuk ummah mendapat keamanan sejagat.

1 Komen »

  1. Anonymous said

    I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » » »

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: