UIAM dan Pantai meterai perjanjian persefahaman pengurusan penjagaan kesihatan

UIAM dan Pantai meterai perjanjian persefahaman pengurusan penjagaan kesihatan
Zamri Mohamad

GOMBAK – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pantai Education Sendirian Berhad hari ini telah mengukir sejarah pendidikan negara apabila memeterai perjanjian persefahaman untuk menyediakan negara kepada pengurusan penjagaan kesihatan pada peringkat sijil bagi mereka yang sudah terlibat secara langsung dalam industri perkhidmatan ini.

Majlis menandatangani perjanjian yang disaksikan oleh wakil kedua-dua pihak bertempat di Bilik Seminar AmBank 1, Pusat Pengurusan, UIAM.

Menurut Rektor UIAM, Datuk Profesor Dr Syed Arabi Idid, “Dengan jenama UIAM yang dikenali sebagai pusat pendidikan antarabangsa, menjadi harapan kami kerjasama ini akan membangunkan kemampuan nilai kapital manusia yang akan memenuhi pasaran industri perkhidmatan kesihatan berteraskan nilai-nilai tambahan yang akan berkembang.”

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Education Sendirian Berhad, Dr Mohd Yusop Ahmad dalam ucapannya berkata kekurangan peluang pendidikan kesihatan bagi mereka yang sudah berkerja dalam industri perkhidmatan ini mendorong pihak mereka untuk memperkenalkan satu bentuk pengajian bertaraf professional.

“Melalui latihan pada tahap optimal yang bersifat fleksibel dan sukatan pengajian yang memenuhi keperluan individu-individu berkerja ia memberi lebih keberkesanan dan secara langsung menjadi pendukung perkhidmatan klinikal negara,” tambah beliau lagi dalam ucapan.

Sebanyak lapan modul diperkenalkan dengan sistem pembelajaran. Tujuh melibatkan pengurusan secara umum manakala satu lagi melibatkan pengurusan hospital.

Menariknya, para pelajar tidak perlu mengikuti setiap modul secara berturutan dan dengan sukatan pendidikan melibatkan kes-kes mini dan aktiviti berkumpulan ia akan membantu mereka sepanjang tempoh kuliah yang ditetapkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: