Hitam dan Putih Sejarah Malaysia

Konsep ini dipilih atas permintaan pelajar antarabangsa yang ingin melihat sejarah Malaysia.

Pada masa sama menjawab kembali persepsi negatif yang timbul setelah pelajar-pelajar antarabangsa membaca akhbar yang banyak menyentuh tentang, Melayu bertongkat, Melayu perlu subsidi, Melayu lemah sehingga perlu diubah-ubah sukatan pelajaran dan seribu satu masalah Melayu lagi yang dibincangkan atas lesen ‘memperbaiki status sosial’ bangsa Melayu.

Keseluruhan pertandingan, Mahallah Ali memenangi tempat keempat (tiba-tiba wujud) tewas di tangan tiga mahallah perempuan (mahallah Ameenah (3), Safiyyah (1), Sumayaah (2), penganjur mahallah Asma (2) dan memenangi tempat pertama di hati residen dan pengunjung yang cukup berpuas hati dengan gambar-gambar sejarah yang tidak pernah dilihat dalam sebelum ini. Terdapat hampir 200 gambar dapat dikumpul dari Singapura, catatan diari, gambar-gambar kiriman bekas tentera Australia dan British serta gambar-gambar di sekitar Tanah Melayu.

Jika berminat melihat gambar tentera Jepun berbasikal melintasi Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, datanglah ke Mahallah Ali. Pameran akan berlangsung sehingga akhir September.

Dua orang hakim diberi penghormatan memotong pulut berbentuk bendera. Pulut disediakan seawal jam 2 pagi oleh pengetua, Tuan Fauzi Muda dan isteri sehari sebelum pengadilan.
Bendera di siling, dijahit oleh Penolong Pengurus Mahallah Ali, Tuan Saiful. Digantung oleh staf, Tuan Fahmi Mujir
Hitam & Putih Sejarah Malaysia, tema yang dibawa oleh Mahallah Ali
Hitam & Putih Sejarah Malaysia, tema yang dibawa oleh Mahallah Ali
Gambar MRC dan kakitangan Mahallah Ali (kanan) bersama-sama barisan Perdana Menteri Malaysia.
Burung origami yang digubah oleh saudara Asyraf. Burung origami membawa maksud kedamaian dan keamanan serta kebebasan.
Mengambil pendekatan muzium Melaka, aku mencadangkan mereka mewujudkan Windows of History menggunakan slaid dan membiarkan cahaya luar masuk dan menjadi latar warna gambar-gambar.
Idea Puan Wan Hasinah atau Kak Wan
Idea ketua projek, tangga Sejarah Merdeka. Adaptasi tangga iklan di stesyen LRT Masjid Jamek
Hiasan luar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: