Teruskan kualiti A+ Pelajar Jabatan Komunikasi UIAM!

Dato Manja B Ismail dari kumpulan editorial Berita Harian
Bersama koordinator Practicum, Tuan Amran
Dato Manja B Ismail dari kumpulan editorial Berita Harian

Beliau datang dengan gaya tidak formal tanpa kot dan seluar hitam. Baju petak-petak dan seluar jeans yang agak longgar menampakan sikap dia bersahaja. Journalism, Past, Present & Future merupakan tajuk yang diberikan dalam forum anjuran para pelajar Komunikasi UIAM yang mengambil subjek Practicum semester ini.

Aku datang sebagai wartawan dan jurugambar. Kalau dahulu ketika menganjurkan program yang sama melibatkan Tuan Yahya Ismail dan Tuan Astora Jabat, aku diletakan sebagai pegawai promosi. Program yang aku jalankan dahulu tidak mendapat satu sen dari Jabatan Pembangunan Pelajar kerana tidak ada persatuan untuk dinaungi. Berkat kesungguhan para pelajarnya, RM1000 dapat dikumpulan dari wang poket dari empat kelas yang berbeza. Hendak seribu daya.

Baca artikel terdahulu catatan penulis
Lihat gambar (1)
Lihat gambar (2)

Dato Manja berkongsi sejarah ringkas perjalanan kewartawandahulu dan kini yang diakuinya bergantung kepada gerakan politik baik kiri mahu pun kanan. Dalam ceramahnya, ada satu perkara yang sangat menarik untuk dikongsi. Aku kategorikan sebagai ‘Satu tindakan seribu perubahan’

“….Ketika seorang anak muda hendak memohon pekerjaan di Utusan Melayu yang dilihat sebagai haluan kiri dan menentang kerajaan yang bekerjasama dengan British, wartawan ini telah melakukan sesuatu yang berbeza dalam suratnya kepada editor berbanding surat-surat lain.

Seperti biasa, editor akan membaca surat-surat yang diterimanya. Anak muda ini juga terlibat dalam menghantar surat kepada ruangan surat untuk disiarkan dalam akhbar. Cuma ketika ini, editor bukan sahaja mahu menerima suratnya sebagai surat pembaca, tetapi mahu mengambil anak muda sebagai wartawan.”

Apa yang dilakukannya?

“Ketika orang lain menulis di belakang sampul masing-masing dengan slogan semangat Hidup Melayu, anak muda ini menulis dengan ayat-ayat ini dengan tulisan jawi….”

“Hidup Melayu. Merdeka!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: