Tulis buku boleh jadi jutawankah?

Program Azizi Ali ‘Millionaire in Me’ mendapat sambutan yang hangat. Dewan Eksperimental UIAM sesak dengan pelajar yang membayar harga tiket masuk sebanyak RM3. Aku tidak dibenarkan mengambil gambar (asalnya untuk tujuan promosi kampus di akhbar) sedangkan tiga hari sebelum itu aku sudah bertanya sama ada dibenarkan atau tidak. Jawapannya pada malam itu. Keseluruhannya ia adalah program yang menarik dan memberi nasihat yang cukup mendalam kepada anak-anak muda yang terlalu ghairah menjadi jutawan harta sehingga terlupa untuk menjadi jutawan dalam jiwa.

“Saya pernah rasa yang saya yang paling hebat dan paling bagus. Tetapi saya silap. Saya ingatkan saya lebih bagus sehinggalah saya jumpa orang yang lebih bagus dan lebih hebat. Satu nasihat saya, merendah diri,” respon Tuan Azizi Ali kepada soalan pelajar bagaimana hendak menjadi jutawan dan berapakan nilai dirinya.

Beliau berkongsi pendekatan jutawan dengan menekankan pecahan beberapa jenis pendapatan iaitu pendapatan linear iaitu gaji bulanan, pendapatan portfolio seperti unit amanah serta sahama dan pendapatan pasif iaitu menghasilkan satu benda yang menjana pendapatan berkali-kali.

Contoh pendapatan pasif yang dikongsikan beliau ialah menulis buku. Ramai yang terkejut kerana mereka menyangka Tuan Azizi Ali akan bercerita tentang saham dan pelaburan. Beliau mengatakan buku Millionaire From Different Planet telah menambah pendapatan pasifnya sejak diterbitkan tahun 2000 sehingga kini.

Tiga anak muda yang duduk di belakangku masing-masing bercakap sama sendiri, “Entah betul entah tidak menulis boleh jadi kaya. Boleh percayakah?”

Dengan mulut mencebik dan mengangguk-angguk masing-masing berpandangan.

Buku-buku dijual dengan diskaun 50% (sekitar RM30.00) sebuah buku

Berpusu-pusu keluar selepas program

2 Komen »

  1. Puan Ainon Mohd. said

    Tulis buku yang membantu banyak orang-orang lain menjadi jutawan, macam buku-buku terbitan PTS PRO itu (termasuk sebuah buku sdr “Cari Duit…”). Penulis macam ini lebih mulia kedudukannya, dan lebih banyak pahalanya! Apabila orang Islam banyak jutawan, maka banyaklah zakat dan sedekah mereka.

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda said

    Benar kata Puan, hatta Tuan Azizi Ali pun menyebut beliau hanya satu-satunya penulis buku kewangan Muslim-Melayu di Malaysia…. Sepanjang dua jam beliau selit-selitkan mesej suruh hadirin menulis buku

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: