Demo anti IFC & Isu Ummah serantau di UIA

Nazree Yunos Presiden PMI Universiti Malaya
Syeikh Ibrahim dari Afrika Selatan
Kain rentang dari Universiti Malaya
Wanita-wanita Arab bersama-sama berdemonstrasi
Para pelajar UIAM memegang kertas sepanduk masing-masing


UIAM, 18 Ogos – Kira-kira 500 mahasiswa dan mahasiswi Islam hari ini berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak sebagai melahirkan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Lubnan dan kes murtad Lina Joy di Malaysia.

Perhimpunan yang dimulakan dengan laungan takbir sejurus selepas solat Jumaat tersebut turut diselang seli dengan laungan “Khaibar khaibar ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya’uud” dan pelbagai lagi laungan mendapat sambutan jemaah solat Jumaat di masjid berkenaan.

Selain itu, 4 orang wakil mahasiswa yang berucap termasuk saudara Nazree Yunos (Presiden PMI Universiti Malaya) turut menyatakan rasa marah dengan nasib umat Islam kini yang ditindas dan diserang daripada segenap penjuru luar dan dalam. Kesemua mereka menyeru supaya warga UIAM bersatu demi mempertahankan kedaulatan Islam dan menyebarkan kesedaran Islam ini kepada masyarakat lain.

Dalam masa yang sama, wakil dari Afrika Selatan, Syeikh Ibrahim turut berucap menyedarkan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu Muslim dalam membantu umat Islam Lubnan yang diserang tentera Zionis laknatullah.

Perhimpunan aman tersebut berakhir pada jam 3 petang setelah diselangi dengan deklamasi sajak oleh wakil mahasiswa dan bacaan doa oleh saudara Termizi M. Deen dari Kulliyyah Ilmu Wahyu. Perhimpunan berakhir dengan aman tanpa sebarang halangan dan sekatan dari pihak keselamatan UIAM.

Diolah semula dari http://www.e-harapan.blogspot.com

2 Komen »

  1. Puan Ainon Mohd. said

    Bagus laporan ini. Bagus benar student UIA masih kuat berjuang!

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda said

    Semangat dan rasional masih selari. Gerak kerja tersusun mereka semua yang berjuang di sini. Kebelakangan ini sejak awal tahun 2006, para pelajar UIA sudah makin ‘berani’ semula

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: