Cinta dari pancaindera akal.

Dunia cinta 8

Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal tidak mudah kecewa dengan kegagalan cinta, diterimanya dengan kesedihan yang sedikit tetapi tidak merasa kecewa dan akan terus berusaha memiliki yang lebih baik.

Cinta dari pancaindera akal.

Apa akan terjadi apabila cinta diteguhkan dengan tiang akal yang sempurna? Adakah ia semakin kukuh dengan kesempurnaan atau akan terus bergoyang apabila dilanggar pelbagai godaan dan tekanan?

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan memilih perkara yang perkara yang memanfaatkan cinta dan menjauhi perkara yang menyakitinya. Dia memilih mana yang lebih baik walaupun sulit jalannya berbanding yang mudah diperolehi tetapi pengakhirannya menyeksakan.

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan sentiasa menaksir harga dirinya. Menaksir harga diri ia menilik hari-hari yang dilalui, adakah cinta yang dibina digandingkan bersama dengan perbuatan-perbuatan yang berguna atau sebaliknya.

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan selalu berkonfrantasi dengan dirinya. Sekiranya cinta yang dipupuk cenderung kepada perbuatan yang merosakan, segera manusia itu menegahnya dengan ingat kepada bahaya, kecelakaan dan kerugiannya. Jika cinta yang dipupuk cenderung kepada sesuatu yang membina, segera manusia itu ingat kepada keuntungan dan kemenangannya.

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan selalu mengingati kekurangan diri dan sebaiknya menulis jurnal peribadi. Dengan mengulang-ulang melihatnya kembali, membuatnya cuba memperbaiki sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dan mudah menghargai apa yang sudah sedia dimiliki baik dari dirinya atau orang yang dikasihinya.

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal tidak mudah kecewa dengan kegagalan cinta, diterimanya dengan kesedihan yang sedikit tetapi tidak merasa kecewa dan akan terus berusaha memiliki yang lebih baik.

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan peka dengan kesilapan yang dilakukannya dan cuba untuk menjauhinya agar cintanya tidak cacat dengan kesilapan-kesilapan yang berterusan.

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan menerima cinta dengan ceria, menjadikan ia sebagai nikmat yang perlu dirai dengan warna-warna kegembiraan. Kedukaan hanya akan mengaburi cinta.

• Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan selalu mengingati bahawa cinta perlu bersedia dengan kefahaman agar cinta sentiasa dalam kekuatan, emosi terus bersiap siaga dengan cabaran dan halangan.


Petikan dan diolah semula dari buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: