Hantu Cina sudah jumpa kuburnya.

Selepas 22 hari memulakan tugas secara kontrak sebagai Pembantu Koordinator, Hubungan Media Jabatan Rektor UIAM, akhirnya dapat juga bilik operasi sendiri. Kelengkapan pejabat harus diusahakan sendiri. Betul-betul macam survival.

Rasa macam cerita hantu cina pula mati roh merayau-rayau. Bekerja tanpa pejabat melainkan menumpang di bilik pensyarah. Apa sahaja benda baru, mesti ada kekurangan. Kalau hendak menaip surat menyurat harus ke makmal pelajar. Jika hendak ambil akhbar ke tingkat empat pejabat rektor di zon satu lagi setiap pagi. Andainya hendak membuat salinan fotokopi harus sama-sama berasak dengan pelajar-pelajar lain. Ada waktunya bertindak sebagai penghantar surat dari pejabat ke pejabat. Begitulah rutin tugas buat sementara waktu.

Akhbar-akhbar dibaca setiap hari melihat setiap berita dan rencana. Selain daripada mencari berita-berita yang melaporkan tentang UIAM, kami juga perlu berfikir untuk mencipta berita dan memberi ruang agar ia dipaparkan dalam akhbar.

Cabaran ini membuat aku seronok. Seperti membuka tapak FELDA baru pula. Tanpa sistem dan tidak ada dalam hierarki organisasi, bersama-sama Tuan Halim Taib yang merupakan bekas pensyarahku kami mencipta sistem kerja sendiri. Insya Allah, jika ia berkembang kelak, mungkin unit ini akan menjadi salah satu unit penting yang akan digerakan oleh mereka seterusnya.

Idea kewujudan unit perhubungan media ini datangnya dari rektor sendiri. Tugasnya, mempromosikan UIAM dalam media. Dalam temubual bersama BERNAMA, beliau pernah menyebut tentang pemikiran blue motion (sebutan seakan-akan begitu) maksudnya memikirkan sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain lagi.

Hakikatnya tugas ini merupakan tanggungjawab unit perhubungan awam, tetapi rektor mempunyai sebab dan alasan sendiri untuk mewujudkan satu unit yang hampir serupa dengan melantik pensyarah yang merupakan bekas editor BERNAMA selama 20 tahun sebagai koordinator.

“Walau apa pun berlaku, kita buat tugas kita,” kata Tuan Abdul Halim Taib.

Masih kosong lagi. Jika mahu beri sumbangan buku percuma dipersilakan.

Akhbar-akhbar sepanjang dua bulan lalu perlu dikemaskini. Setiap satu ditanda tarikh untuk memudahkan ia dikategorikan

Kerusi-kerusi diambil dari bilik-bilik lain di tingkat satu pagi tadi dengan lif kemudian bermastautin di pejabat tingkat lima.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: