Kembara Mahallah Ali ke Indonesia

Jika tidak kerana kerja, aku pasti ke sana. Tetapi walau apa pun aku gembira juga kerana perancangan mereka ke luar negara berjaya. Di sini aku paparkan gambar-gambar perjalanan mereka ke Indonesia. Tahniah Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman Ali dan Maryam. Akan datang bersiap sedialah ke negara China pula.

Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib merupakan kolej kediaman pertama menganjurkan program ke luar negara. Bukan mudah untuk mereka mengumpul wang. Dari aktiviti menjual kerepek sehinggalah menganjurkan bengkel. Semua dibuatnya untuk mendapatkan wang.

Kekuatan Kolej Kediaman Ali Abi Talib bukan kepada program khidmat bakti sebagaimana kolej-kolej kediaman lain. Tetapi lebih kepada sesuatu bersifat idea, cadangan dan pelaksanaan dalam pentadbiran kolej dan universiti setelah melakukan kajian setempat sama ada di universiti atau negara lain.

Telaga maut tempat tujuh orang pejuang revolusi dicampak ke dalam.
Telaga maut tempat tujuh orang pejuang revolusi dicampak ke dalam.
Muzium yang memaparkan kekejaman PKI (Partai Komunis Indonesia)
Muzium yang memaparkan kekejaman PKI (Partai Komunis Indonesia)
Kawasan kediaman di belakang bandar Bandung. Bandar kedua terbesar di Indonesia. Kelihatan objek putih merata-rata di pokok-pokok sekitar adalah layang-layang tersangkut.
Kawasan sekitar kedai makan di Bandung. Aku tak tahu nak gelar apa lagi melainkan kedai makan sahaja.
Makan tengah hari di Bandung. Kedai makan yang pakar dalam penyediaan makanan laut seperti ikan. Kelihatan di belakang seperti tasik, sebenarnya kertas dinding.
Saudara Fatah (berbaju hijau) dan Amir (berbaju belang) diekori dua penjual ke mana sahaja mereka pergi.
Perkhidmatan kuda di sekitar Tangguban Perahu, kawasan gunung berapi. .

Tuan Presiden MRC Ali, saudara Haeqal di Tangguban Perahu, kawasan gunung berapi.

Saudara Ali Fadzil membayar tambang pengangkutan awam bernama bajai yang mempunyai tiga tempat duduk.
Sesi orientasi di Universitas Muhammadiyah. Perbezaan paling ketara antara UIAM dan UM ialah UM tidak mempunyai kolej kediaman. Semua tinggal di luar.
Saudara Shakir bersama ahli majlis perwakilan pelajar, Universitas Nasional Indonesia.
Kain rentang yang terletak di atas bumbung bangunan. Menariknya kain rentang gergasi ini memaparkan muka depan akhbar KOMPAS.
Kain rentang yang dihasilkan oleh Ali Fadzil digantung di belakang bas persiaran. Pemandu pelancongnya bernama Pak Ali.

Tuan Che Rus B Pin, umurnya sudah hampir 60 tapi berhati muda. Masing-masing meniru gaya patung tujuh orang pejuang revolusi Indonesia. Tuan Che Rus sudah bersara dari Mahallah Ali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: