Marah Diana kerana cinta.

Dunia cinta 19

Harapan yang wujud dalam hati tidak semestinya sesuatu yang besar perlu dilakukan untuk memenuhinya. Ada ketikanya ia cuma dilakukan dengan kata-kata atau perbuatan kecil sahaja.

Marah Diana kerana cinta.

Berbicara soal kecenderungan hati dalam percintaan, ia turut berkait dengan timbulnya harapan, salah satu petanda hati mula diselaputi cinta. Adakalanya harapan itu kecil dalam pandangan pasangannya, tetapi besar erti untuk yang meminta.

Harapan yang wujud dalam hati tidak semestinya perlukan sesuatu yang besar dilakukan untuk memenuhinya. Ada ketikanya ia cuma dilakukan dengan kata-kata atau perbuatan kecil sahaja.

Ini membawa penulis kepada kisah Puteri Diana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar pada 31 November 2004 mengenai kekecewaannya apabila harapan dalam hati tidak dipenuhi.

Puteri Diana dilanda kesedihan apabila Putera Charles enggan menyatakan secara terbuka rasa cintanya kepada beliau sewaktu ditemu bual berikutan pengumuman berita pertunangan mereka pada tahun 1981. Puteri itu juga menghidap sakit bulimia bagi menghukum dirinya sendiri kerana gagal dalam perkahwinan.

Diana menceritakan curahan rasa mengenai kehidupannya dan keluarga diraja Britain itu dalam satu rakaman video yang dibuat pada tahun 1992 oleh jurulatih suara beliau, Peter Settelen.Video itu disiarkan buat pertama kali semalam di stesen televisyen NBC.

Dalam program khas yang berlangsung selama sejam itu, Diana yang terbunuh dalam satu kemalangan kereta di Paris pada tahun 1997 bercerita mengenai kehidupan kanak-kanak beliau, perkahwinan dengan Charles serta usahanya melawan bulimia.

Dalam video itu, Diana memarahi Charles yang enggan mengakui secara terbuka cintanya kepada beliau sewaktu satu temu bual dibuat pada tahun 1981, iaitu pada hari berita pertunangan mereka diumumkan kepada dunia.

Jika setiap satu perubahan hati yang disebutkan di atas merupakan perkara-perkara yang pernah dialami pembaca apabila berhadapan dengan seseorang, maka bersedialah untuk memasuki alam awal percintaan. Bersiap sedialah untuk mengemudinya.

Memahami Bahasa Cinta Lelaki boleh didapati di semua kedai buku utama Malaysia, MPH, Borders, Kinokuniya dan boleh dipesan secara online melalui http://www.bookcafe.com.my atau email ke sales@ptsmillennia.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: