Pilihanraya Kampus gambaran wajah kepimpinan akan datang.

Surat pembaca
ZAMRI MOHAMAD

(Surat pembaca Berita harian 21 September 2006)

Ketua Pengarang dirahmati Allah

Pilihanraya Kampus gambaran wajah kepimpinan akan datang.

Jika menyebut tentang pilihanraya, kita tidak akan terlepas untuk membayangkan kotak-kotak undi, jentera calon yang giat berkempen dari satu tempat ke satu tempat dan isu-isu kontroversi yang timbul sepanjang minggu berkempen. Pilihanraya kampus kali ini menbayangkan keadaan yang sama, cuma berbeza kali ini dengan sisitem pengundian secara elektronik (e-voting)

Memilih pemimpin yang bakal menerajui suara universiti untuk penggal yang akan datang menjadi satu pemilihan yang sukar bagi para pelajar kampus. Pelabelan pro aspirasi dan pembangkang telah membentuk satu suasana baru dalam pilihanraya kali ini apabila para pelajar kampus sudah mula tidak berminat dengan isu ini.

Sudah ada corak baru apabila para pelajar kampus yang diberikan hak mengundi untuk tidak terpengaruh dengan budaya label melabel ini. Pilihannya sama ada mengundi atau tidak sama sekali. Jika yang mengundi sekalipun, mereka hanya memangkah calon sekadar untuk mengelakan dari tindakan universiti yang mewajibkan.

Fanomena label melabel tidak akan mewujudkan sokongan padu terhadap calon. Ia hanya lebih menggalakan sentimen yang bersandarkan emosi dan lebih bersifat memilih parti kampus berbanding melihat kredibiliti calon sendiri.

Satu perjalanan yang getir bagi calon pilihanraya kampus untuk memastikan tidak terpalit dengan sebarang imej parti luar. Membina keyakinan pengundi di kalangan pelajar seperti mengukuhkan batu-bata kecil dengan simen, selagi mana simen itu masih basah selagi itulah tembok batu-bata itu tidak dapat berdiri kukuh.

Pemimpin kampus menjadi teras agenda perubahan masyarakat dengan nilai intelektual, keseimbangan emosi dan iman yang jelas dapat dilihat dalam mengawal diri dan penyokong-penyokong. Budaya menghantar pesanan ringkas (SMS) berunsur fitnah, mengedarkan risalah-risalah bertujuan mewujudkan kebencian kepada calon lain sebenarnya membunuh peluang sendiri untuk meraih kepercayaan ramai.

Pemilihan hari ini menentukan perjalanan masa depan gerakan mahasiswa universiti ke arah memenuhi kebajikan warga kampus serta perkembangan kepada kepimpinan yang mencetus semangat dan minda mahasiswa untuk terus peka dengan perubahan yang berlaku di sekelilingnya.

Budayakan nilai persaudaraan dan semangat persaingan berdasarkan keadilan dan moral yang tinggi antara calon. Kejayaan kempen calon sangat bergantung kepada nilai manusiawi yang dapat menyentuh hati pengundi-pengundi kampus yang melihat calon bukan sekadar bakal pemimpin, malah sebagai rakan yang sentiasa membimbing dan membawa mereka ke satu kedudukan yang lebih baik.

Kerana itu manifesto calon-calon mesti bersedia memenuhi keperluan ini. ia bukan menawarkan keperluan material, malah pengisian jiwa warga kampus dalam persediaan menghadapi dunia luar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: