Ramadan Wangsa Maju

“Zamri, Islam Online minta artikel tentang Ramadan di Malaysia. Awak pergi ambil gambar dan hantarkan kepada saya secepat mungkin,” minta Tuan Halim.

Paling cepat hari Isnin. Kalau pulang hari Sabtu, sahur dan berbuka hari Ahad. Tiket ke Kuala Lumpur biasanya habis Sabtu pagi. Kalau sampai pun, paling lewat Isnin pulang ke Kuala Lumpur, sempat atau tidak? Payah juga dengan pengangkutan awam. Wahai manusia, tidak bersyukurkah? ada pengangkutan awam pun masih tidak tahu berterima kasih. Istighfar aku berkali-kali.

“Tapi Sabtu saya cadang nak pulang ke Melaka. Hari pertama puasa,” jawabku.

Kalau di Melaka hari Isnin sememangnya cuti umum yang dianjak dari 1 Ramadan yang jatuh pada hari Ahad. Isnin cuti, maka lebih cepatlah kehabisan tikel di Melaka Sentral.

“Kita kena hantar awal, lewat dari sehari sudah lewat,” kata Tuan Halim.

Petang Sabtu, telefon di Melaka berbunyi. Ibu di kampung memberi salam. Tenang dan gembira sahaja bunyinya.

“Ibu, saya pulang Sabtu hadapan. Kena anjak seminggu. Saya perlu ambil gambar aktiviti bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur. Doakan kemudahan kerja dan kesihatan saya ya ibu,” kataku dengan nada perlahan.

Klik, klik, klik.

Gambar sekitar bazar Ramadan Wangsa Maju menjadi tugasan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: