Aku berhentikan kau!

Bagaimana seseorang diberhentikan kerja. Dalam pengalaman mentah aku yang masih muda dan masih layak menyertai mana-mana kelab belia, ada beberapa cara yang telah aku lihat sendiri dalam mana-mana organisasi. Ia boleh dilakukan secara terang-terang atau senyap-senyap.

1. Majikan akan mula tidak membayar gaji pekerjanya tanpa memberitahu apa-apa. Apabila pekerja bertanyakan tentang gaji, kakitangan yang menguruskan akan meberi alasan sama ada, “Bos tidak beritahukah bajet kita kena potong?” , “belum sampai cek lagi,” atau “Entah, nama awak tidak ada pun.”

2. Lebih lama pekerja tidak dapat gaji, lebih tertekan pekerja dan akhir sekali dia akan angkat kaki mencari kerja lain untuk mengisi perut yang kosong.

3. Sejak hari pertama, dia tidak memberikan surat perlantikan jawatan. Ini memudahkan majikan menang apabila pekerja menuntut haknya. Sebabnya, “Awak tidak ada bukti bekerja dengan kami.”

4. Pekerja tidak akan diberi apa-apa projek dan diasingkan dari mesyuarat (atau tidak ada mesyuarat langsung) sehingga dia merasakan membuang masa duduk di organisasi itu lama-lama.

5. Majikan tidak mempedulikan nasib pekerja. Meskipun dia datang ke pejabat dengan muka menahan lapar dan kurus cengkung, majikan bersikap seperti tidak ada apa-apa berlaku. Dia tidak akan bertanya khabar. Pekerja itu sudah tidak wujud dalam organisasinya.

6. Memberi kerja yang pelik dan tidak mampu dilakukan oleh majikan. Sehingga satu tahap dia tidak mampu lakukan, maka majikan berkata, “Dari hari pertama lagi saya rasa akan tidak membantu organisasi.”

7. Majikan dan orang yang paling rapat sering tidak ada di pejabat. Jika di hubungi telefon dan sms, dia tidak akan menjawab.

8. Kalau saudara-saudari menggunakan kad akses untuk masuk ke pejabat. Percayalah pada hari saudara-saudari diberhentikan, kad akses tersebut tidak berfungsi. Maka saudara-saudari tanpa mengetahui apa yang terjadi akan terus menekan butang pintu berkali-kali. Sehinggalah seseorang datang kepada saudara-saudari dan mengatakan, “Anda diberhentikan.”

9. Salah satu cara yang digunakan ialah dalam beberapa bulan awal, gaji memang tinggi dan menarik dan tiba-tiba tinggal separuh. Selepas itu tidak ada lagi.

Kesemua ini amat berkait rapat dengan kepentingan surat perlantikan jawatan. Jika saudara-saudari yang baru hendak memasuki dunia kerja, pastikan mendapat surat perlantikan sebagai bahan bukti untuk mendapatkan hak yang seadilnya. Ia kelihatan pelik, percayalah ada organisasi yang sebegitu meskipun membawa label agama sebagai teras perniagaannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: