Baulah!

Tahun 2000

Kebiasaanya apabila kita berjalan di sekitar pusat membeli belah, kita akan dihulurkan dengan kertas kecil yang telah dicalitkan atau disembur dengan pewangi oleh promoter.

Satu hari, aku dan dua orang lagi rakanku berjalan-jalan sekitar Mahkota Parade, Melaka. Kami dihulurkan dengan kertas kecil oleh seorang promoter yang jelita.

Sahabatku Fen menghidu kertas itu, “Wangi,”

Sahabatku seorang lagi Yie turut melakukan perkara yang sama. Hidungnya lebih dekat dengan kertas kecil itu, “Memang wangilah. Baunya sungguh sedap”

Promoter yang melihat Fen dan Yie hairan dengan sikap mereka berdua. Lalu dia berkata, “Tuan, itu kerta promosi sahaja. Ada nama pewangi di kertas itu. Tidak ada bau pun.”

Fen dan Yie berpandangan.

“Siapa kata tiada bau, ada bau kertaslah!” kata Fen.

Perlahan-lahan kami meninggalkan tempat itu, semakin lama semakin jauh. Mengapalah rasa lambat sangat keluar dari pusat membeli belah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: