Fai, tolonglah aku.

Peperiksaan fardu ain untuk menentukan tahap pengetahuan kami tentang asas-asas agama dibuat secara mengejut. Kami semua di tempatkan di auditorium dengan kertas soalan sudah tersedia di atas setiap kerusi.

Selama sejam kami hanya merenung sahaja kertas itu. Sekali sekala kami memandang kiri dan kanan.

“Fai, itu apa ablution ?” tanya Din

“Fai, apa itu pillars of Islam?” tanya dia lagi.

Fai hairan. Kenapa dia tanya apa itu wuduk, apa itu rukun Islam? Pakaian Fai berjubah dan berketayap putih dengan janggut sejemput yang dilihat Fai sebagai simbol orang yang tahu ilmu agama mula berubah. Mungkinkah Din sekadar berpura-pura dengan pakaian sebegitu.

Oh, Fai teringat.

Din bertanyakan maksud ablution dan pillars. Itulah pertama kali Din mendengar perkataan tersebut. Bukan kerana dia cetek agama.

Kisah ini berlaku enam tahun lalu dan diceritakan semula kepadaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: