Dakwah gadis terus ke hati

Aku hendak bercerita tentang seorang pembaca bukuku. Seorang gadis dan masih menuntut. Aku dikenalkan kepadanya kerana salah seorang dalam Malaysia yang membaca buku yang aku tulis. Terima kasih dan aku amat menghargainya.

Kisahnya mudah. Biliknya ada waktunya didatangi rakan-rakan yang datang membawa masalah cinta. Tidak berpuas hati dengan perhubungan dan ada pula yang sedang mencari jawapan. Segala persoalan dan permasalahan itu dibawa ke bilik gadis ini. Aku jangkakan dia seorang pendengar dan sahabat yang baik. Kerana itu, biliknya menjadi tumpuan agaknya.

Ada yang datang terdorong hendak meminjam buku yang dibelinya, Memahami Bahasa Cinta Lelaki. Kata gadis ini, “Awak belilah sendiri”

Buku ini sedang berjalan dalam dunia dakwah ke hati. Biar manusia melihat cinta sebagai nikmat dan rezeki. Jika sepinggan makanan yang enak bisa dijamah penuh selera, cinta juga harus dijamah begitu dengan adab. Cinta itu rezeki dari Allah.

Buat gadis yang aku catatkan dalam entri blog kali ini. Terima kasih dan tahniah dengan usaha dakwahmu yang menyentuh hati manusia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: