Hantu budak, hantu perigi

Kisah hantu amat sinonim dengan pengalaman kita ketika kecil. Aku sendiri pernah tidak tidur malam kerana imaginasi melampau terhadap cerita-cerita hantu yang disampaikan. Sahabatku, saudara Faizal Azhar pernah bercerita bagaimana ketakutan terhadap benda yang tidak pernah dilihat boleh mengkucar-kacirkan satu kampung.

Kisahnya begini. Faizal dan rakan-rakanya adalah rakan sekampung yang suka melakukan ekperimen mereka tersendiri. Ini termasuklah bermain mercun dengan cara lain. Biasalah, kanak-kanak cepat bosan dan ingin melakukan dengan cara berbeza.

Malam Hari Raya, sedang orang kampung sibuk melayan tetamu di rumah dan meraikan bersama keluarga, Faizal dan rakan-rakan pula berjalan satu kampung pada waktu malam. Penuh mercun di poket kiri dan kanan baju melayu mereka. Tidak cukup dengan itu, diselitnya di songkok dan selebihnya diletak ke dalam bakul basikal.

Faizal dan rakan-rakan melalui sebuah jalan kampung yang gelap. Hanya cahaya bulan sahaja yang menerangi laluan kecil itu. Mereka mengayuh basikal dengan hati-hati sehinggalah mereka melalui sebuah perigi.

“Jom kita cuba baling mercun dalam perigi,” cadang Faizal disambut anggukan rakan-rakan.

Satu persatu sumbu mercun dinyalakan. Masing-masing membaling mercun ke dalam perigi. Meletup-letup bunyinya sehingga berdengung. Tidak lama selepas itu mereka meninggalkan tempat itu melainkan seorang sahaja yang masih leka duduk di tepi perigi sambil ke dalam perigi.

Tidak lama kemudian, asap mercun yang dibakar keluar dari perigi. Asap mercun sangat tebal dan cahaya bulan menerobos ke ruang-ruang asap yang makin tinggi ke atas.

Kebetulan pula, beberapa orang kampung yang melalui jalan itu melihat asap keluar dari perigi. Mereka melihat asap yang keluar dari perigi dengan rasa hairan. Tidak lama kemudian mereka lari bertempiaran kerana kelihatan satu lembaga sedang duduk mencangkung di tepi perigi sedang melihat mereka.

Esoknya, kecoh satu kampung.

Perigi berpuaka.
Makhluk bertenggek di tepi perigi.
Hantu kacau kampung.

Majlis bacaan yasin dibuat dari malam ke malam untuk menghalau ‘hantu’ perigi yang leka melihat asap mercun kawan-kawanya yang dibaling ke dalamnya pada malam itu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: