Tumpang tidur lokap tuan….

Prof Dato Dr Syed Arabi Idid
Puan Siti Maryam dari Mingguan Malaysia (kiri) sedang mewawancara

Rektor UIAM, Prof Dato Dr Syed Arabi Idid mempunyai kisah menarik ketika zaman sekolahnya di Kedah. Ketika muda, beliau menggemari aktiviti-aktiviti luar sehinggakan beliau banyak menyertai kelab-kelab yang memenuhi minatnya itu.

Salagh satunya dipanggil Kelab Kembara. Salah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakannya ialah aktiviti merentasi semenanjung dari Kedah ke Singapura dalam masa 48 jam dengan hanya berbekalkan lima puluh sen. Ahli kelab Kembara perlu melakukan aktiviti seperti ini.

Bagaimana hendak ke sana? Beliau bersama sahabatnya, Abdul Razak perlu menaiki kenderaan yang menuju ke arah Singapura. Ada lori, bas dan kereta yang menuju destinasi yang berlainan tetapi melalui jalan yang sama. Kenderaan-kenderaan inilah yang akan ditahan dan ditumpangi mereka berdua.

Dalam perjalanan, mereka mempelajari manusia dari apa yang dibawanya. Mengenal susah payah orang dari apa yang dipandu. Perjalanan panjang itu membawa mereka ke Kuala Lumpur, dari sana mereka menumpang kenderaan seorang anggota tentera berbangsa Inggeris yang hend ak ke Johor.

Mereka tiba di Simpang Renggam pada waktu malam. Kedua-duanya tercari-cari tempat untuk merehatkan badan sebelum menyambung perjalanan pada keesokan harinya. Akhirnya mereka menemui sebuah balai polis.

“Assalam alaikum tuan,” Syed Arabi memberi salam.

Kelihatan seorang pegawai polis yang sibuk mencatat sesuatu di meja kaunter. Lewat-lewat malam begini, balai polis didatangi dengan duan orang budak dengan beg galas masing-masing.

“Wa alaikum salam. Boleh pakcik bantu?” sahut pegawai polis dengan senyuman.

“Tuan, bolehkah kami bermalam di sini?” mata yang semakin berat tidak pdapat ditahan lagi. Mahu tidak mahu, Syed Arabi dan Abdul Razak harus tidur.

“Eh, kami tidak ada bilik tidur di sini. Di mana anak berdua hendak tidur?” soal pegawai polis itu lagi.

Syed Arab menudingkan jarinya ke satu arah, “Di situ”

“Ya Allah! Anak berdua, itu lokap mana ada orang suka-suka hendak tidur di situ. Bawa malang nanti. Jangan buat perangai. Mari ikut pakcik balik. Tidur di rumah pakcik sahajalah.” pegawai polis itu masih terkejut dengan permintaan dua orang budak itu.

Cerita ini diolah semula dari wawancara Mingguan Malaysia dan Rektor pada 5 Oktober 2006

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: