Air Milo hujan

Kami berbuka di sebuah restoran di Seri Gombak. Hujan renyai-renyai semakin lebat kemudian renyai-renyai kembali.

“Beri saya cendawan goreng,” pintaku. Cadangnya hendak merasa resipi baru

“Saya pula hendak sup cendawan,” sahabatku Faizal memesan makananya pula.

Sepuluh minit kemudian datanglah sepinggan kecil hidangan cendawan dengan sup pekat yang dicampur sotong dan sayur-sayuran. Kemudian dihantar pula semangkuk sup cendawan yang dicampur daging lembu, ayam dan sayur-sayuran.

Mana cendawan goreng?

Rupa-rupanya cendawan yang dihidang dengan sup pekat bercampur sotong dan sayur itulah cendawan goreng?

Lain kedai, lain intepretasi resipinya. Akhirnya masing-masing tersalah makan hidangan yang dihidang.

Hujan makin lebat.

“Abang, berikan saya milo panas gelas besar,” pesanku.

Milo panas siap. Kelihatan kakitanganya datang dengan dua cawan air. Satu untuk pelanggan di meja hadapan, satu lagi untuk aku.

Dia meredah hujan, membiarkan titis-titis air hujan yang turun dari langit jatuh ke dalam air. Sedangkan laluan berbumbung tidak jauh mana.

Peniaga oh peniaga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: