Kepungan tersirat

Aku berada di Puduraya. Selama satu jam tiga puluh minit menantikan bas ke Melaka di platform 12. Sementara menunggu, ingin aku catatkan sesuatu di sini. Beberapa hari sebelum ini, aku sempat membeli belah keperluan hari raya. Selama beberapa hari bersahur dan berbuka di luar. Kali terakhir ialah pada hari ini di NZ Wangsa Maju.

Orang ada atau tidak, jika kedai hendak ditutup jam lima maka jam lima jugalah dikemas restoran itu sebelum mereka bersahur. Sambil makan, dapatlah aku dan sahabatku melihat mereka menyusun meja, mengangkat kerusi dan meletakan ke atas meja, menyapu sampah dan datang pula salah seorang kakitangan restoran meletakan kin lap meja di atas meja kami (yang sedang makan) kemudian dia bertanya, “Makan apa?”

Dahulu, kalau sesak-sesak restoran ini, salah satu cara mereka memastikan pelanggan bangun dan memberi orang lain duduk di tempat yang disediakan ialah dengan mengelilingi anda.

Bayangkan empat hingga enam orang kakitangan restoran mundar mandir dan berdiri di sekeliling meja anda sehinggalah anda berasa tidak selesa dan angkat kaki.

Lain kedai lain gaya layanannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: