ANSAR-MITV Satu keluarga sudah tinggal berdua

Satu keluarga setahun lalu, kini tinggal berdua. Hanya bos dan pembantunya. Kenangan yang menguatkan harapan dan penuh cabaran. Terima kasih!

MITV tidak dapat berselindung lagi apabila kumpulan Media Prima melalui empayar beritanya telah mendedahkan pemberhentian 200 pekerja (2/3 dari jumlah keseluruhan) pada hari pertama mereka bekerja selepas cuti Aidilfitri.

Kali ini, 200 pekerja ini tidak duduk diam. Melalui dua kesatuan sekerja, mereka akan membawa kes ini ke muka pengadilan. Meskipun MITV berjanji untuk mengambil semula para pekerja ini selepas penstrukturan organisasi dan rancangan perniagaan selesai.

Dijangka cerita ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Bukan sahaja organisasi induk ini sahaja akan dikorek ceritanya oleh media. Boleh jadi, pembekal siaran-siaran dalam MITV juga akan disiasat bermula dari pengambilan pekerja, pengurusan kewangan, gerak kerja, kepimpinan sehinggalah pemberhentian pekerja. Satu persatu akan timbul melalui empayar berita yang ditonton hampir 2.1 juta pada satu-satu masa.

Tip bekerja dan diberhentikan kerja (klik)

Dengan teknologi 3G yang sering diuar-uar Dato’ Ir Hj. Rosman, satu pertanyaan timbul. Adakah kehadiran teknologi ini memerlukan penambahan pekerja atau akan membawa kepada pengurangan lebih ramai pekerja?

Masih belum terlewat. Muhasabah gerak kerja, peliharalah hak manusia, nescaya Allah memelihara hak kita.

MITV dengan motonya Change Your View (sememangnya pandangan kita sudah berubah)

P/S sepatutnya Aidilfitri ini kita sudah menonton rancangan Raya Kita, lakonan semua staff yang pernah bersama-sama dahulu di ANSAR. Selepas melihat laman web rasmi MITV http://www.mitv.com.my/portal/channels.asp, ANSAR, Siaran pertama kontemporari Islam di Malaysia sudah tidak ada lagi.

Kadangkala aku rasa seperti kakitangan yang terjejas kerana kes ENRON

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: