Mengenai Penulis

22.jpgZamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademia, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV.

Kini beliau menjawat jawatan Pembantu Koordinator, Perhubungan Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada masa sama beliau menjadi sebahagian alumni Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib UIAM dan membantu mewujudkan projek studio mini kampus, televisyen web CAMPUS TV dan radio maya pertama di UIAM bersama-sama pelajar dan koresponden bebas Metro TV Indonesia di Malaysia, saudara Ade Mahmud.

100_7876-1.jpg

100_7896-1.jpg

Beliau juga menggerakkan dan memenuhi jemputan bagi mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dalam skala kecil untuk para remaja sekolah dan institusi pengajian tinggi yang berminat menghasilkan penulisan berbentuk rencana dan buku.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan beberapa buah buku dalam pelbagai bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan televisyen tempatan antaranya,

  • Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006)
  • 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki (2006)
  • Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (2006)
  • Magnet Cinta, Membuat Sesiapa Tertarik Setiap Masa Setiap Waktu (2007)

Beliau juga mengasaskan dan mengendalikan laman weblognya sepenuh masa dan boleh dihubungi di www.motivasiminda.wordpress.com.

100_82991.jpg

100_82761.jpg

Selain menjadi sukarelawan di laman web drcinta.com, beliau turut terlibat aktif dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa yang amat membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai antaranya:

  • Muncul dalam ruangan Author Highlight majalah PopClub Mac 2007 terbitan Popular Book Co. (M) Sdn Bhd
  • Muncul dalam ruangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kendalian pengacara televisyen, saudara Syed Munawar.
  • Temubual oleh saudari Suhada Masri dalam ruangan Bicara Pengarang, ruangan Sastera dan Budaya, Berita Harian.
  • Temubual oleh saudari Wan Maidatul Razimah Shamsudin dari majalah Perempuan keluaran Mac 2007.
  • Temubual ruangan Pendapat, Isu Hiburan Dalam Islam oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I.
  • Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Millennia dan rangkaian kedai buku MPH di Alamanda dan Wangsa Maju sempena program Semarakkan Cinta pada Febuari 2007 .
  • Jurufoto bebas bagi ruangan Jejak Wartawan Veteran, majalah Al Islam pada Mac 2007. Temuramah melibatkan Rektor UIAM, Prof. Dato Dr Syed Arabi Idid dan wartawan Al Islam, Norhafiza Mohd Zain.
  • Terlibat bersama-sama Perwakilan Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib dalam pameran seni maya dan bergerak, Expression of Peace anjuran Dr Hirsh Diamant dan para pelajar Evergreen State College, Olympia, Washington D.C pada November 2006.
  • Mengendalikan bengkel penulisan remaja, Teknik Menulis : Teori dan Praktikal 2007 bagi anggota Kelab Kreatif, Pusat Ilmu Asas UIAM dan ahli-ahli PKPIM di Janda Baik, Pahang Darul Makmur
  • Seminar kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja anjuran Jabatan Kaunseling, UIAM (2006) .
  • Program ‘How to Build Self-Confidence’ oleh Nik Affendy Nik Abdul Rashid. Setiusaha Sulit, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan UIAM (2006).
  • Program, ‘The Art of Negotiation’ oleh Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).
  • Seminar Psikologi Gunaan 2005 peringkat nasional anjuran Pusat Psikologi Gunaan, Jabatan Kaunseling UIAM (2006).
  • Seminar Gejala Pelacuran di Malaysia anjuran Jabatan Kajian Wanita, Pusat Psikologi Gunaan, UIAM (2005).
  • Program ‘A New World Orde’ oleh Ahli Parlimen Britain, George Galloway anjuran AMAN Malaysia dan JUST. (2005)
  • Seminar Kepimpinan Remaja Muslim 2004 anjuran Persatuan Pelajar Somalia.
  • Program ‘A moment with Canadian Muslim’ anjuran kedutaan Kanada dan UIAM (2005).
  • Bengkel Editor Foto ASEAN anjuran Sekretariat Nasional ASEAN-COCI Malaysia dan BERNAMA (2005).
  • Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Jemaah Islah Malaysia (2002).
  • Seminar Hiburan dan Kesenian Dalam Islam anjuran JAKIM (2005).
  • Program In Person bersama Datuk Manja Ismail, kumpulan editorial Berita Harian (2006).
  • Forum Journalism: Future and Prospect oleh Datuk Ahmad Talib, Maxis Communication anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2006).
  • Seminar Sehari Kebebasan Media anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2005).
  • Forum bersama Persatuan Pelajar Antarabangsa Singapura dan Radio Singapore International (2006).
  • Seminar, ‘Freedom of Media Reporting’ anjuran Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM (2006).
  • Seminar antarabangsa, The Hadhari Approach: A Catalyst Towards South-South Development and Prosperity anjuran Gerbang Maklumat Selatan-Selatan, Kementerian Penerangan Malaysia (2006).

7 Komen »

  1. Salam,

    Memandangkan saudara berlatarbelakangkan pelajar komunikasi. Jadi saya cuma ingin bertanya satu soalan yang asyik mengotori kepala saya sejak saya mula mendalami bidang komunikasi.

    1. Adakah Malaysia mengamalkkan kebebasan akhbar?

  2. aliman said

    Kebebasan akhbar wujud di Malaysia dalam ruang dan jarak yang tersendiri. Yakni kepimpinan negara menentukan sejauhmana akhbar perlu bebas dalam menyuarakan pandangan dan mengetengahkan isu-isu kepada masyarakat.

    Setiap pemimpin yang mengepelai kerajaan mempunyai definisi dan kefahaman sendiri dalam menerapkan amalan kebebasan akhbar.

    Sejarah di Malaysia membuktikan kebebasan akhbar sangat bergantung kepada peranan dan kefahaman kerajaan terhadap keperluan tersebut.

    Moga menjawab persoalan.

  3. nanik qodarsih said

    Wah wartawan cita-cita saya, sayang bukan masuk ilmu komunikasi malah masuk ilmu komputer.

  4. aliman said

    Saudari Nanik,

    Apa jua ilmu sekalipun bisa membawa cita-cita saudari menjadi wartawan. Asalkan cita-citanya itu bergerak bersama daya usaha dan kreativitas. Saya yakin. Minat saudari dengan nukilan di blog menjadi tapak awal menjadi penulis alaf ini.🙂

  5. nanik qodarsih said

    Semoga aja deh :)… boleh ya nanti saya dikasih tau tips-tips supaya punya bakat jadi wartawan …. Makasih

  6. nieys said

    wah.. rupanya saudara ni masih muda. malah jauh lebih muda dari saya tapi punya pengalaman yang luas dalam bidang penulisan. rasa kerdil pulak diri saya.. sila beri tunjuk ajar..🙂

  7. aliman said

    Di PTS,ara penulisnya muda-muda. Penulis berumur pun nampak muda sebab dan jiwa semangat mereka berkarya untuk masyarakat😀

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: