Temubual Mendebarkan

Dipetik dari blog Motivasimindamu 

Kalau sesiapa yang biasa membaca blog ini, pasti sudah biasa dengan cerita sidang akhbar sana sini. Kebiasaannya apabila sampai ke sesi soal jawab bersama media, maka aku antara orang yang sibuk-sibuk bertanya itu dan ini. Kononnya, atas nama wartawan. Kali ini aku pula merasai apa yang dirasakan oleh orang lain apabila ditanya oleh wartawan.

Entah kenapa, apabila cik wartawan dari Berita Harian bertanyakan lokasi untuk ditemubual, BORDERS pula yang terpacul dari mulutku. Hari ini jam 11.30 pagi aku berada di BORDERS sementara menantikan cik wartawan datang bersama dengan jurukameranya bagi tujuan itu.

Setelah beberapa lama, aku terfikir sesuatu, “Kenapalah aku boleh terlupa. Inikan premis persendirian, mana boleh pandai-pandai guna tempat orang.”

Mengapa BORDERS? Sebab pertama, aku di pejabat ketika itu. Perjalanan ke BORDERS hanya memerlukan lima minit sahaja. Senang nak berlarike pejabat semula. Kedua, apabila disebut oleh cik wartawan tentang temuramah bagi ruangan pengarang, otak aku hanya memberikan satu idea sahaja “Kalau temubual tentang buku, buat di kedai buku,”

Mujurlah aku dan wartawan berjumpa dengan pengurusnya meminta kebenaran menggunakan premis tersebut sebagai lokasi temubual. Wanita bernama Thoo Li Sza banyak memberi kerjasama dari memberi tempat yang dibenarkan sehinggalah kerusi-kerusi yang disediakan.

Di kawasan buku-buku bahasa Melayu, aku ditemuramah. Minda aku tak selancar jari jemariku apabila menaip di papan kekunci. Melompat-lompat isinya. Berdebar pun ada juga. Takut tersalah menjawab. Teringat pesan puan Ainon, “Mesti jaga nilai integriti dengan pihak wartawan. Kejujuran kita sebenarnya yang akan memberikan kerjasama yang kita inginkan.”

Setengah jam ditemuramah, aku sebenarnya teringat saudara Alif Firdaus. Dalam fikiran, “Entah-entah macam inilah si Alif rasa bila ditemuramah dengan cik Suhada Masri…”

Wartawan dalam kategori trainee ini adalah di bawah Puan Salbiah yang mengendalikan meja Sastera dan Budaya, Berita Harian. Keturunan jawa, gadis Kuala Selangor ini mempunyai perwatakan yang menyenangkan dan merupakan graduan dari Universiti Malaya, Pengajian Bahasa Melayu dan Linguistik. Asalnya hendak menjadi editor, diletakan menjadi wartawan.

Satu persatu soalan ditanyanya. Antara soalan yang paling popular, “Setujukah jika saya katakan penulis buku sepenuh masa sukar menjana pendapatan yang berterusan.” Ini mengingatkan aku dengan ceramah puan Ainon yang pertama aku dengar di bengkel penulisan tahun lalu, “Ramai orang merancang buku tetapi tidak merancang kejayaan buku…”

Ya Allah, sampai sekarang hati tidak tenang. Mengenangkan kembali ayat-ayat yang sepatutnya disampaikan tetapi tidak teringat pula ketika itu. Padan muka, dahulu suka tanya orang itu ini, sekarang awak pula yang ditanyanya. Apa rasanya?

Jam 12.45 tengah hari, satu pesanan ringkas aku terima dari sahabat sekuliah.

“Kenapa muka engkau ada dalam server berita NST? Apa engkau dah buat? Ditemubual pulakah?”

Rupa-rupanya dia membuat praktikal di NST, Bangsar. Bocorlah lagi satu cerita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: