Cinta tak kenal usia

Cinta tak kenal usia

Oleh Nazri Abu Bakar

MELAKA: Mula-mula simpati, tapi lama kelamaan bertukar menjadi cinta sejati biarpun perbezaan umur kedua-duanya bagaikan langit dan bumi.

Ely Yurianti Rahman, 22, boleh memilih lelaki muda dan kacak sebagai teman hidupnya, sebaliknya dia mengahwini warga emas, Sudar Marto, 105, kerana menyayanginya.

Perbezaan usia 83 tahun bukan halangan buat pasangan pengantin baru itu, malah mereka kelihatan cukup bahagia.

Menurut Ely, pada mulanya dia cuma bersimpati dengan Sudar yang sudah lanjut usia dan mempunyai isteri uzur.

Bagaimanapun, dia akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan Sudar, baru-baru ini.

“Saya akan menjaga suami dan madu saya sebaik mungkin,” katanya yang mengakui cinta tidak mengenal usia, apatah lagi baginya yang baru berusia 22 tahun.

Sudar pula berkata, perkahwinan barunya itu yang dilakukan di Kampung Permatang Duyong, dekat sini, mendapat kelulusan Mahkamah Tinggi Syariah.

“Saya berkenalan dengan Ely setahun lalu kerana kebetulan saya juga warga Indonesia, tapi mendapat taraf pemastautin tetap di sini.

“Kami berkenalan di Jakarta sebelum mengambil keputusan berkahwin,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sudar yang juga seorang kontraktor kelas B dan mempunyai empat syarikat, berkata isteri tuanya akan dijaga dengan baik walaupun dia sudah mengahwini isteri muda.

Bagi isteri tua Sudar, Fetemah Mat, 69, dia merelakan suaminya berkahwin dengan isteri muda yang boleh dianggap cicitnya.

Disebabkan keadaannya uzur dan tidak mampu menguruskan tanggungjawab sebagai isteri, Fatemah merestui perkahwinan suaminya dengan Ely, juga seorang rakyat Indonesia.

Fetemah berkata, dengan perkahwinan itu, dia berharap madunya mampu menjaga dia dan suami berikutan kedua-dua mereka sudah berusia.

“Nenek merestui perkahwinan mereka dengan sepenuh hati tanpa perasaan curiga terhadap kasih sayang madu nenek kepada suami dan juga cinta suami kepada nenek.

“Jika masih sihat, nenek mungkin tak benarkan abang Sudar berkahwin lain, tapi keadaan ini ada rahmat kepada perkahwinan nenek serta suami dan madu nenek,” katanya.

Petikan Harian Metro, Rabu 8 November 2006

 

1 Komen »

  1. sofuan Mulyono said

    ini namanya poligami yng sehat
    bukan pake alasan yang di ada adakan.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: