Intelek Muda dirompak pemikirannya.

Plagarisma dalam dunia penulisan merupakan satu unsur jenayah intelek yang sama seriusnya seperti jenayah cetak rompak yang lain. Dunia akademik memandang plagarisma sebagai satu penyakit yang membunuh perkembangan intelek dan membunuh jaminan pemeliharaan karya asli seseorang apabila ia siap dihasilkan. Ia pernah menjadi isu kampus dan mencetuskan kebimbangan para pensyarah apabila melihat fanomena ini semakin menjadi-jadi di kalangan para pelajar mereka.

Tiru meniru dalam dunia penulisan bukanlah sesuatu yang baru. Meniru sebuah idea yang sudah dizahirkan dalam sebarang bentuk termasuklah dalam bentuk bertulis tidaklah menjadi kesalahan sekiranya ia dipersembahkan semula dalam bentuk yang lain. Undang-undang tidak melindungi idea tetapi penzahiran dalam bentuk yang jelas dilihat, didengar dan dirasa sememangnya menjadi satu aset pencipta yang wajar dijaga hak-haknya.

Malang sekali sekiranya budaya tiru-meniru dalam penulisan berlarutan kepada amalan plagarisma yang seratus peratus mengambil sejumlah besar idea yang telah dizahirkan dari kepala sehinggalah ke hujung jari kaki karya tersebut. Lebih mendukacitakan apabila ia dilakukan oleh pemikir lama ke atas intelek muda.

Plagiarisma dalam dunia penulisan hari ini sangat mudah dengan adanya teknologi internet. Berbanding dengan amalan plagiarisma terdahulu, kaki-kaki plagiat perlu menggunakan helah secara bijaksana dengan menggunakan sumber yang terhad. Tetapi ini tidak bermakna sumber maklumat internet yang luas dan bebas diambil ini akan memberi jalan keluar kepada mereka melakukannya tanpa dikesan.

Perisian berasaskan internet telah diwujudkan dalam usaha membendung gejala ini. Kewujudan perisian seperti iThenticate dan Turnitin merupakan usaha-usaha di peringkat teknologi tinggi untuk membendung keadaan ini. Turnitin telah digunakan oleh insitiusi-insitusi pendidikan di 80 buah negara untuk memeriksa hasil kerja akademik para pelajar. Menurut laporan pembekal perisian ini, didapati hanya satu peratus pelajar memplagiat keseluruhan sumber, 29% memilih beberapa bahagian tertentu dari sumber untuk disalin semula dan 70% tidak memplagiat sama sekali.

Manakala perisian iThenticate disediakan khusus bagi pasaran lebih luas seperti badan-badan korporat, kerajaan, penerbit dan persendirian. Mungkin para penulis memerlukan perisian seperti ini pada masa hadapan untuk melindungi hasil penulisan mereka sendiri pada masa hadapan. Ia membantu penulis untuk mengenalpasti plagiarisma karya secara maya dengan mencari teks secara digital beserta analisis.

Keadaan ini tidak akan berhenti di sini. Mencetak rompak karya tanpa izin dan tanpa memberi kredit kepada pemilik asalnya merupakan satu risiko dan taruhan terhadap kredibiliti serta masa depan pelakunya. Mencetak rompak dan mencuri hakcipta seorang penulis secara bulat-bulat memberi penulis beberapa alternatif non-technology.

Pertama dengan menggunakan badan pelaksana dan penguatkuasa undang-undang yang sedia ada. Laporan polis boleh dibuat oleh penulis terhadap hasil karyanya yang telah dicuri hakcipta. Seterusnya, ia boleh dibawa ke mahkamah bagi tuntutan ganti rugi dan akhir sekali dengan menggunakan tindakan undang-undang ke atas penerbit hasil karya ciplak itu baik berbentuk akademik mahupun non akademik.

Plagarisma, ciplak, cetak rompak atau apa sahaja istilahnya, tanpa izin penulis, tanpa menyebut sumbernya dan tanpa pengetahuannya, ia adalah jenayah intelek yang serius.

3 Komen »

  1. KARYA SAYA DICIPLAK: MOHON PENJELASAN ISLAMHADHARI.NET…

    As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran entry yang tidak professional serta melanggar hakcipta dan hak harta intelek. Saya masih terus berharap agar pihak IslamHadhari.net dapat menghubungi saya dan memberi penjelasan yang sewajarnya. Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com yang mudah-mudahan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi:

    : saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.

    : Salam Datuk Dr. Nordin Kardi.. Apa khabar Datuk yg saya hormati? Didoakan sihat sejahtera dan berada dlm hidayah dan iman yang baik serta terus diberi kekuatan ber’amal liridhalLah..

    : Alhamdulillah, sy syukur stlh Datuk sendiri mngatakn Datuk tidak ada kena mengena dgn isu ini dan itulah yg saya harapkn. Saya pernah cuba menghubungi Datuk utk mdptkn maklumbalas ttp gagal.. Alhamdulillah, terima kasih sudi memaklumkn melalui laman ini..

    : Sepertimana yang telah saya maklumkan di dalam laman KampusNegara, saya telah memohon penjelasan dari laman IslamHadhari.net lebih dari lima kali tetapi sehingga ke saat ini tiada sebarang penjelasan diberikan..

    : Once again, thank you very much Datuk and appology is offered for any inconvenience caused. Saya boleh dihubungi di al_akhyar81 @ yahoo.com. Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat. Jazakallahu khairan kathira. Shukran ‘alaik.

    Wallahu a’la wa a’lam bissawab.

  2. More: http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/

  3. Berikut merupakan “Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili” oleh laman web IslamHadhari.net yang boleh didapati di link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21:

    Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.” Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net. (Komen saya: Saya tidak pernah menerima permohonan maaf dari IslamHadhari.net sebelum ini sama ada melalui email, surat, sms atau telefon).

    Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.

    Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: