Topeng hitam putih orang bercinta

Bercerita tentang personaliti. Kata pensyarahku dahulu, walaupun kembar sekalipun, kedua-duanya mempunyai personaliti yang berbeza. Berapa ramaikah yang memiliki kucing di rumah. Walaupun sepuluh ekor sekalipun, kesemuanya mempunyai karakter yang berbeza. Lihatlah ikan di akurium atau mungkin ikan yang melihat anda. Perkara yang sama berlaku. Ia sesuatu yang unik dan tidak akan berubah.

Ibu bapa mengenali personaliti anaknya lebih mendalam lagi. Adakalanya kita sendiri tidak menyedari apakah jenis personaliti yang kita miliki melainkan apa yang diketahui oleh mereka. Dalam beberapa kes mencari jodoh melalui perantaraan ibu bapa, ia tidak lain tidak bukan kerana pemilihan jodoh oleh ibu bapa dengan kesesuian personaliti yang dilihatnya.

Orang bercinta sebelum berkahwin mempunyai personaliti topeng hitam putih. Topeng hitamnya adalah topeng tempelan manakala topeng putihnya adalah personaliti sebenar. Mengapa berlaku keadaan ini?

Tempoh percintaan sebelum berumahtangga merupakan tempoh cinta khayalan yang banyak melibatkan imaginasi individu terhadap orang yang disukainya.

Topeng hitam berfungsi sebagai penonjolkesempurnaan diri terhadap pasangan dan bertindak sebagai magnet dalam mengikat hati orang yang disukainya. Namun Topeng hitam tidak kekal lama, ia bertukar kepada topeng putih apabila sudah mendirikan rumahtangga. Masing-masing perlu belajar mengadaptasi hidup dengan topeng putih pasangan masing-masing.

Kita sudah melatih menggunakan topeng-topeng ini sekian lama. Bandingkan bagaimana diri kita di hadapan rakan-rakan dan di hadapan orang lain diluar. Jika wajah perlu disolekan, begitu juga personaliti. Ia disolekan untuk mencantikan karakter dan memberi imej kepada pengamalnya. Insya Allah, aku baru sahaja selesai menghuraikannya dalam buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: