Apabila si gagal membuka kolejnya sendiri.

Apabila si gagal membuka kolejnya sendiri.

“Merampas ruang kreativiti dan kebebasan pelajar dalam mengetengahkan kemampuan mereka adalah jenayah pendidikan.” Itu adalah dialog yang diucapkan oleh Bartleby (lakonan Justin Long) yang telah dianggap mencemar dan melanggar peraturan pendidikan peringkat kolej dengan memperkenalkan kolejnya sendiri, South Harmon Institure of Technology (S.H.I.T)

Kisahnya bermula dengan gambaran kegembiraan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan mereka dan memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat kolej dan universiti. Malang bagi Bartleby, permohonan kali ke lapan telah ditolak oleh ke semua kolej dan universiti.

Harapan ibu bapanya untuk melihat Bartleby melanjutkan pengajian mendorong dia mencipta kolejnya sendiri sekadar untuk memuaskan hati mereka.

Bersama rakan-rakan yang senasib denganya, Bartleby mula menyewa sebuah bangunan bekas hospital sakit jiwa yang ditukarkan kepada South Harmon Institure of Technology (S.H.I.T). Sherman, rakan baiknya yang bernasib baik memasuki Harmone College yang berusia 100 tahun turut membantu menyediakan laman web S.H.I.T bagi meyakini bapa Bartleby bahawa S.H.I.T sememangnya wujud.

Kesilapan Sherman ialah menjadikan laman web S.H.I.T berfungsi dan sesiapa yang memohon secara online akan terus diterima. Penipuan Bartleby yang sepatutnya berlaku dalam sehari menjadi bertambah serius apabila ribuan pelajar yang memohon secara online datang pada keesokan harinya.

Apa yang menarik dalam filem yang aku tonton ini minggu lalu.

Adegan 1.

“Siapa antara kamu yang pernah memohon ke kolej-kolej lain? Sila angkat tangan!” arah Bartleby di dewan ketika ribuan pelajar ini berkumpul untuk sesi orientasi rekaannya.

Semuanya mengangkat tangan.

“Siapa antara kamu yang tidak dapat ke mana-mana dan tidak mendapat jawapan dari kolej-kolej yang dimohon? Sila angkat tangan!”

Tidak seorang pun yang mengangkat tangan, termasuk Bartleby sendiri.

Kemudian salah seorang dari ribuan pelajar ini mengangkat tangan.

“Boleh saya kata sesuatu?” tanya pelajar itu.

“Silakan,” balas Bartleby. “Apabila ibu dan bapa saya mendapat tahu saya diterima S.H.I.T, mereka sangat bangga. Selama ini saya dilihat tidak ada masa depan dan tidak boleh ke mana-mana,” katanya bangga.

Bartleby hanya mendiamkan diri. Rancangannya untuk memberitahu perkara sebenar tentang kolej rekaan itu dibatalkan. Dia tahu apa perasaan mereka apabila ditolak berkali-kali.

Adegan 2.

Kerana tidak ada sukatan pelajaran mereka mencipta sukatan matapelajaran mereka sendiri. Papan putih yang disediakan menjadi ruang untuk memberitahu pentadbir apa yang ingin mereka pelajari. Pelajaran tersebut datang dari keinginan mereka untuk mencuba dan bereksperimen melalui bakat dan dikembangkan dengan pengetahuan.

Petikan kata-kata dari filem Accepted.

That’s what makes a college great. The exclusivity of any university is judged primarily by the amount of students it rejects.” -Dean Van Horne

Misi S.H.I.T ialah menjadikan pelajar sebagai kelompok istimewa dengan cara mereka tersendiri.

Gambar-gambar diambil dari laman web rasmi http://www.acceptedmovie.com/index1.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: