Menipu demi mempertahan nama.

Aku baru sahaja menonton sebuah filem bertajuk Shattered Glass di ASTRO. Filem berdasarkan kisah benar menonjolkan watak seorang wartawan muda berumur 23 tahun bernama Stephen Glass yang mencipta nama sebagai wartawan yang menonjol di sebuah majalah politik, The New Republic (sebuah majalah yang satu-satunya dibaca dalam Air Force One meninggalkan 18.600 majalah lain) dan beberapa majalah lain.

Stephen Glass berhadapan dengan masa hadapan yang gelap apabila siri rencana yang dihasilkan bersama The New Republic disyaki saduran, plagiarisma dan penipuan fakta serta sumber yang sengaja diada-adakan.

Satu demi satu penipuan terdedah apabila artikel terakhirnya bersama The New Republic bertajuk Hack Heaven menimbulkan keraguan pesaing organisasi ini.

Setelah disiasat, ia ternyata benar. Stephen telah melakukan jenayah kewartawanan yang membawanya ke pemecatannya.

Apa yang unik disebalik cerita ini yang inginku kongsikan kepadamu.

Pertama.

Stephen Glass mempunyai daya komunikasi interpersonal yang cukup memikat.

Dia dapat mengingati apa yang digemari oleh setiap staf, cepat memberi pujian terhadap perubahan yang ditonjolkan mereka. Dalam satu adegan Glass memuji warna gincu yang digunakan seorang staf dan menyebut dengan tepat jenamanya. Ia membuatkan orang sangat gembira dan suka dengan keperibadian Glass.

Dalam mesyuarat editorial, beliau tahu bagaimana menceriakan suasana. Dia akan bercerita dan memberi kegembiraan kepada semua ahli mesyuarat. Cerita tersebut merupakan rencana yang dihasilkan. Setiap penutup ceritanya, dia merendah diri dan berkata rencana itu mungkin tidak akan dicetak keluar.

Kedua.

Stephen Glass menggunakan ilmu yang dimilikinya dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan benar dan logik sehinggakan editor pada awalnya sangat mempertahankan rencana-rencananya. Utilasi ilmu secara efektif berlaku meskipun ia tidak dilakukan secara jujur.

Ketiga.

Kerana menginginkan nilai nama dan sumber kewangan yang kukuh melalui sumbangan artikel yang ditulis, dia mempertahankan tipu dayanya. Akhirnya pada usia 23 tahun, dia menyediakan tapak kejatuhan karier sendiri apabila dapat dihidu oleh pesaing The New Republic.

Keempat.

Nilai setia para staf terhadapnya cukup kuat apabila Glass berjaya mengikat hati mereka dengan kerendahan hati, sikap tidak loket ilmu dan menjadi pendengar yang baik apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan. Editor yang menghidu penipuan Glass hampir-hampir dilihat sebagai musuh oleh mereka.

Kelima.

Ayat-ayat menarik dalam filem ini:

“Wartawan melihat dan meyingkap seni tingkah laku manusia.”

“Hasil kerjamu dapat mengubah sebuah polisi negara.”

Jadi apa nilai motivasi dan iktibar yang kita dapat dari kisah ini?

Gambar diambil dari http://images.amazon.com/images/P/B0001907AI.01._SCLZZZZZZZ_.jpg 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: