You’ve Got Mail

You’ve Got Mail adalah sebuah filem yang membawa kisah percintaan dua pengusaha kedai buku dan persaingan mereka dalam membawa dunia buku kepada orang ramai. Watak utama filem ini ialah Tom Hanks dan Meg Ryan membawa kepada satu situasi yang unik apabila mereka yang bertemu melalui maya saling mengadu tentang sikap musuh perniagaan mereka.

Tom Hanks yang melakonkan watak Joe Fox merupakan pemilik sebuah gedung buku moden bertaraf mega, Fox Books. Manakala Meg Ryan yang membawa watak Kathleen merupakan pemilik kedai buku kanak-kanak, The Shop Around The Corner milik mendiang ibunya. Kedai itu sudah berusia melebihi 40 tahun.

Menariknya dalam filem ini memaparkan nilai-nilai di sebalik sebuah gedung buku bertaraf mega dan indie, nilai-nilai manusia dan pemikiran yang terbentuk dalam ruang kedai yang menjual buku-buku dan sentuhan nostalgia serta ikatan yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup menarik hati.

Konflik antara Joe Fox dan Kathleen sering ditimbulkan dalam sembang maya mereka dengan menggunakan nama samaran Shopgirl dan NY152. Sedang masing-masing sibuk bercerita dan meluahkan perasaan geram mereka terhadap pesaing perniagaan mereka, sembang maya itu telah membibitkan rasa cinta. Lucunya, Joe Fox dengan nama samaran NY152nya sering memberi idea-idea ‘menyerang’ dirinya sendiri apabila Shopgirl mencari-cari cara untuk berhadapan dengan Joe Fox dan Fox Booksnya.

Cerita ini juga adalah kritikan terhadap tamadun barat dengan membawa penceritaan tersebut kepada sebuah komuniti kecil di Manhattan

Cerita ini aku tonton di TV2. Selepas ini aku akan cari VCD pula. Filem tahun 1998 ini adalah adaptasi semula dari filem tahun 1940, The Shop Around The Corner .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: