Buku saya jadi wang tebus darah

Buku saya jadi wang tebus darah’

LOS ANGELES 23 Nov. – O.J. Simpson berkata, dia sedar keuntungan daripada buku If I Did It akan menjadi “wang tebus darah” tetapi mengambil bahagian dalam projek tersebut untuk menampung beban kewangannya.

“Itu semua wang tebus darah dan malangnya saya turut menjadi barua,” kata Simspon yang merujuk kepada para penulis buku mengenai dirinya.

“Ia membantu saya menjelaskan hutang dan menampung keperluan kewangan saya,” jelasnya.

Bekas pemain bola sepak profesional dan pelakon itu sebelum ini memberitahu, dia melihat buku tersebut sebagai salah satu cara untuk membiayai anak-anaknya.

Buku yang memaparkan teori pembunuhan ke atas bekas isterinya, Nicole Brown Simpson dan teman lelakinya, Ronald Goldman akan diedarkan pada 30 November ini selepas temu ramah dengan Simspon disiarkan pada Isnin dan Rabu depan.

Bagaimanapun pemilik Fox Broadcasting, News Corp dan penerbit, HarperCollins telah membatalkan projek itu selepas dituduh mengeksploitasi insiden tersebut.

Dalam temu ramah dengan AP, Simpson menafikan melakukan pembunuhan, mempertikaikan pandangan penerbit bahawa buku itu mengandungi pengakuan dan menidakkan judul buku sebagai ideanya sendiri serta menjelaskan hipotesis pembunuhan ditulis oleh penulis hantu.

Simpson pula menjelaskan, dia mendapat bayaran pendahuluan untuk buku tersebut tetapi angkanya lebih rendah daripada RM12 juta (AS$3.5 juta) daripada yang dilaporkan.

– AP

Petikan Utusan Malaysia Jumaat 23/11/2006

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: