Cabaran si adik kecil

Lawati laman adik kecil ini di http://ima95.blogspot.com/

“Saya tak tahu hendak menulis.”
“Saya tak pandai dan kreatif macam awak.”
“Saya tak ada masa, idea ada banyak.”
“Aku rasa menulis untuk orang yang ada kelayakan sahaja. Kalau tidak siapa hendak baca”
“Saya tidak suka dengan gaya penulisan dia. Saya hendak cari buku-buku yang lain.”

Ketika mana kita sedang memberi alasan sebagai respon untuk menulis, kita mungkin sedang ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh seorang kanak-kanak berumur 11 tahun. Kanak-kanak pada usia semuda ini sedang aktif menulis di blog. Apa yang membuat aku tertarik dengan blog ini ialah:

1. Usianya yang muda. Ketika orang lain memberi alasan, adik kecil ini terus berkarya dalam dimensinya tersendiri.

2. Catatan hidup yang jujur melalui kacamata dan intepretasi hidup kanak-kanak seusia ini.

3. Aku tidak sabar menantikan apakah yang akan terjadi dengan dunia penulisan adik kecil ini selepas usianya mencecah 20an.

4. Dia telah mengalahkanku. Aku berkarya ketika usia 17 tahun. Adik kecil ini melangkaui aku enam tahun lebih awal.

5. Cabaran untuk pemberi alasan (termasuklah aku)

Cerita tentang anak-anak kecil yang bekarya. Di negara Barat disebutkan beberapa nama.

Cerita tentang anak-anak kecil yang bekarya. Di negara Barat disebutkan beberapa nama.

Francis Hawkin, pada tahun 1641 ketika usianya 8 tahun, menulis sebuah buku yang menyentuh tentang adab seorang kanak-kanak yang dipanggil Youth Behaviour.

Katherine Hull dan Pamela Whitlock, masing-masing berumur 15 dan 16 tahun, mereka bekerjasama menulis sebuah buku daripada kanak-kanak untuk kanak-kanak ketika mereka berteduh pada hari hujan dalam perjalanan ke sekolah di England. Buku The Far Distant Oxus diterbitkan pada tahun 1937 dan menjadi salah satu karya klasik dunia Eropah dan Amerika.

Bagi Dorothy Straight dari Washington, beliau menghasilkan sebuah buku, How the World Began pada usia 4 tahun dan diterbitkan pada tahun 1964, dua tahun selepas itu. Hasil karya kanak-kanak turut mencapai jualan jutaan naskhah sebagaimana karya S.E Hinton yang memulakan dunia penulisannya di sekolah tinggi dengan menghasilkan draf awal bertajuk The Outsiders pada usia 15 tahun.

Beliau mengambil masa satu setengah tahun menyiapkan karyanya yang berkisar tentang remaja berkumpulan dan konfrantasi antara mereka dan penulisannya diterbitkan pada tahun 1967.

Kisah benar mengenai kehidupan dijadikan sandaran James Dewitt, berusia 12 tahun dalam merakamkan kehidupan berkeluarga yang berhadapan dengan tragedi di ladang milik keluarganya di Winconsin. Menariknya, bukunya Jamies Turn dihasilkan oleh beliau meskipun James mempunyai kesukaran dalam pembelajaran seawal usia itu.

Gordon Korman menghasilkan karya This Cant Be Happening at MacDonald Hall merupakan projek sekolah gred tujuh yang berjaya diterbitkan. Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, beliau menghasilkan lima buah karya antaranya Go Jump in the Pool dan Beware the Fish.

Lawati laman adik kecil ini di http://ima95.blogspot.com/

1 Komen »

  1. Ainin Naufal said

    Ini mengingtakan tentang seorang peminat akak. Hee.. perasan pulak aku, hik hik hik. Dia berumur 9 tahun dan sudah pun mula tulis blognya sendiri. Terasa diri jauh ketinggalan berbanding dirinya. BEruntungnya anak-anak zaman ini. Hmm.. nak ziarah blog si kecil itu lepas ni.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: