Cinta Pisang Goreng

Dia masih setia dengan suami yang mula-mula dikenalinya ketika masih muda belia lagi meskipun suaminya sudah lama meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Sehinggalah mereka berumah tangga, isteri ini mempunyai pengalaman percintaan yang menjadi realiti kehidupan sebenar kehidupan pasangan yang saling cenderung hatinya dengan kasih sayang.

Kebaikan kecil yang sukar dilupakan.

            “Sukar untuk saya melupakan kebaikan-kebaikan suami saya. Makin dikenang makin kuat ingat saya terhadapnya,” kata-katanya apabila diajukan soalan oleh pengacara sebuah rancangan kewanitaan pada petang itu berkenaan kehidupannya.

            Selepas beberapa saat diam seketika wanita tersebut meneruskan perbualan melalui telefon, “Sukar untuk kakak melupakan pengalaman hidup dengan suami meskipun kami tidak dapat hidup bersama sebagai pasangan untuk satu jangka masa panjang. Kami hidup sebagai pasangan suami-isteri selama sepuluh tahun sehinggalah suami kakak meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya.”

            Pengacara rancangan tersebut terus mengajukan soalannya, “Apa yang membuat hati kakak terus terpaut dengan suami meskipun kini sudah bergelar ibu tunggal?”

            “Sejak mula berumah tangga, suami kakak suka benar belikan goreng pisang untuk dibawa pulang ke rumah setiap kali pulang dari kerja. Tidak pernah sehari pun ketinggalan untuk membelikan beberapa keping untuk dimakan bersama. Malah kalau pada hari Ahad sekalipun, pasti dibelinya sama seperti hari-hari biasa. Kerana sudah biasa benar dengan keadaan tersebut, kakak pasti akan sediakan air minum petang.”

 

Siapa sahaja lelaki selepas itu, tidak sama dengan yang pertama.

            Kemudian pemanggil tersebut berhenti dari meneruskan kata-katanya, suaranya bercampur baur sehinggakan kurang jelas kedengaran. Bunyinya sebak mengenangkan suaminya, “Meskipun kakak masih muda dan ada beberapa orang lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidup kakak, susah untuk kakak menerimanya. Kakak tahu kebanyakan mereka adalah lelaki yang baik dan bersimpati dengan kakak sebagai ibu tunggal. Tetapi kenangan pisang goreng arwah suami bagi kakak adalah satu-satu pengalaman percintaan yang sangat mendalam.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: