Keratan resipi sang suami.

Makcik sendiri tidak berapa pasti apa yang diingini oleh suami makcik apabila melihat melakukannya selalu,” jelas seorang ibu berusia sekitar 50 tahun apabila diajukan soalan tentang pengalaman hidup bersama suami yang dikasihinya sejak 30 tahun lalu. Pertanyaan kisah kehidupan mereka pada petang itu mengimbau kembali kenangan mereka ketika hidup bersama.

Pakcik (suaminya) mempunyai satu kelakuan yang pelik. Awal-awal pagi peti televisyen akan dihidupkannya untuk mendengar warta berita pagi. Kemudian selepas makcik siapkan sarapan pagi, pakcik akan keluar beli dua buah akhbar, satu berbahasa Melayu satu lagi berbahasa Inggeris,” kongsi makcik.

Ibu tua ini terus berkongsi kenangan-kenangan manisnya kepada penulis dan beberapa orang lain petang itu. Kami hanya mendiamkan diri, membiarkan kenangan-kenangan terus segar dalam fikirannya dan disampaikan kepada kami, “Cuma makcik hairan dengan sikap pakcik yang suka menggunting keratan-keratan akhbar berisi resipi-resipi masakan yang selalu disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu. Selalu benar dibuatnya tanpa memberitahu makcik apa-apa.”

Kata ibu ini, kebiasaannya suaminya akan meletakan keratan-keratan resipi tersebut di tempat-tempat terbuka. Adakalanya keratan-keratan resipi tersebut kelihatan di atas peti sejuk, dalam tempat surat, di atas meja dapur dan adakalanya diselitkan dalam buku resipi isterinya. Tidak semua resipi menjadi pilihan, cuma ada beberapa sahaja yang menarik perhatiannya untuk digunting dan disimpan.

Selepas itu, barulah makcik tahu. Rupa-rupanya pakcik minta agar dimasakan resipi berkenaan di rumah. Makcik memang tidak dapat menangkap maksud perbuatan pakcik masa awal-awal dahulu. Orang lelaki lebih suka memberitahu keinginannya dengan perbuatan tanpa perlu cakap banyak. Pandai-pandai orang perempuan baca fikiran dan buat apa yang dirasakan perlu,” katanya dalam berkongsi petua melembutkan hati lelaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: