Selerak sana-sini sistematik namanya.

Ada lelaki yang pantang disentuh harta bendanya apabila sudah disusun dan dikumpul di satu tempat dalam kediaman. Jangankan anak-anak, adakalanya pasangan sendiri tidak dibenar mengambil apa-apa dari almari barang peribadinya. Bukan kerana tidak mahu berkongsi atau bersikap tidak percaya terhadap ahli keluarga sendiri.

Lelaki yang berkeadaan sebegini mempunyai pendekatannya yang tersendiri dalam menyusun barang-barangnya sama ada berupa bil-bil peribadi, surat-menyurat dan bahan-bahan berbentuk buku simpanan wang, sijil kelahiran dan album gambar. Apabila barang-barang dalam kawalannya berubah kedudukan, keadaan akan menjadi kelam kabut dan tidak sistematik bagi lelaki ini.          

Ada juga lelaki yang bertindak demikian kerana merasakan mempunyai naluri kepentingan yang lebih tinggi berbanding ahli keluarganya. Dirinya lebih selesa jika dia sendiri yang mengumpul dan menyusun barang-barang tersebut dan diletak dalam penjagaannya. 

Kepercayaan tersebut akan diserahkan kepada ahli keluarga apabila lelaki tersebut berhadapan dengan keadaan yang mendesaknya untuk berbuat demikian seperti mengalami masalah kesihatan atau berjauhan dengan ahli keluarga.

            Dalam hal yang sama ada juga lelaki yang menjadikan suasana bersepah sebagai suasana untuk dirinya bekerja lebih sistematik. Ada pasangan yang kurang gemar dengan sikap lelaki seperti ini tetapi anehnya mereka mempunyai daya ingatan yang lebih baik untuk mengenalpasti tempat barang-barangnya ditinggalkan dalam keadaan bersepah berbanding ia kemas disusun sehinggakan kunci kenderaan yang terlindung suratkhabar di bawah meja lebih mudah dicari berbanding mencarinya di tempat kunci yang disediakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: