Masa dalam minda lelaki.

Tahukah kita ada lelaki yang keluar seawal jam enam setengah pagi sekadar hendak ke tempat kerja yang hanya mengambil masa sepuluh minit perjalanan. Sedangkan waktu bekerjanya bermula jam 8.30 pagi. Ada beberapa alasan mengapa lelaki bersikap demikian.

Apabila ditanya, jawapan-jawapan yang diberi sebenarnya menggambarkan sikap lelaki terhadap apa yang berlaku bukan sahaja pada ketika itu semata-mata. Orientasi masanya pada hari ini akan menentukan kedudukan dirinya dalam zon selamat pada masa akan datang.

Ambil semula kes yang disebut tadi. Alasan-alasan yang diberikan ialah seperti berikut;

  • Tidak perlu berebut-rebut tempat letak kenderaan. Mudah untuk meletakan kenderaan berhampiran dengan pejabat.

  • Mudah untuk mendapat kelepasan awal tempoh bekerja dari pihak atasan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

  • Kredibiliti diperolehi, sikap hormat rakan sekerja dapat dibentuk. Majikan lebih percaya

  • Tiga puluh peratus kerja dapat disiapkan sebelum tamat tempoh bekerja.

Keempat-empat alasan ini mempunyai kepentingan tersendiri buat lelaki. Alasan pertama menggambarkan lelaki memerlukan ruang keselesaan dan kemudahan untuk dirinya bertindak. Alasan kedua menggambarkan sikapnya menyediakan diri dalam jangka panjang sebelum apa-apa keadaan berlaku. Alasan ketiga menggambarkan lelaki memerlukan penghormatan yang sewajarnya dari orang sekeliling. Faktor keempat memperlihatkan dirinya lebih gemar sesuatu perkara selesai sebelum tempohnya dan memberi ruang untuk membuat perkara-perkara lain.

Terdapat alasan-alasan penting untuk kita sama-sama membincangkan sikap lelaki dengan pengurusan masanya. Dengan mengambil alasan yang sama, cuba kita perhatikan bagaimana sikapnya dalam mengurus masa memberi nilai tambah dalam proses membina perhubungan.

Alasan-alasan tersebut memberi gambaran bahawa sikap menghormati waktu yang diuruskan oleh lelaki sebenarnya memberi keuntungan kembali kepada diri. Ingati kembali pengurusan masa bagi lelaki yang benar serius untuk menggunakannya amat memberi pengaruh dalam membina perhubungan.

Agak susah untuk lelaki yakin terhadap seorang perempuan yang tidak dapat mengurus masanya lebih baik ketika bertemu sebagai rakan sehinggalah menjadi pasangan. Penghujungnya, lelaki tidak mengharapkan apa-apa yang hebat dari pasangannya.

Masa dalam definisi lelaki bermaksud ruang untuknya memberi keselesaan kepada diri, kemudahan kepada pasangan, aras tanda dia dihormati atau sebaliknya, persediaan jangka panjang untuk diri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: