Angan-angan si suami menjadi harapan isteri.

Pernah sekali isterinya bertanya tentang angan-angannya itu “Abang hendak berniaga apa?” tetapi suaminya sendiri tidak tahu apa yang ingin diperniagakan. Sehinggakan dalam satu masa suaminya pernah menempah seratus kad nama perniagaan tanpa menyebut apa jenis perniagaannya.

Angan-angan si suami ini turut memberi kesan kepada kehidupan mereka. Hingga satu ketika mereka berdua menggunakan wang susu dan lampin anak untuk membeli sebuah buku kewangan dari Barat yang cukup menarik perhatian mereka. Buku itu pun dibeli hanya selepas mereka keluar masuk kedai buku yang sama untuk beberapa kali.

Isterinya seorang akauntan. Sepanjang malam isterinya membaca buku yang menyentuh tentang pengiraan perbelanjaan keluarga dan setelah selesai dihitung, pasangan ini tidak dapat tidur semalaman kerana jumlah simpanan mengikut pengiraan mereka adalah kurang daripada beberapa sen sahaja.

Ini menjadikan mereka sepakat menjadikan angan-angan suami sebagai angan-angan bersama. Mereka melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung bermula secara sambilan sehinggalah sepenuh masa. Setiap penghujung tahun mereka merenung kembali angan-angan tersebut dan bertanya, “Adakah kehidupan aku tahun ini dan tahun akan datang berubah?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: