The car is red.

Si ayah masuk ke rumah dengan marah-marah. Anak yang sulung memerhatikan. Si ibu menikuskan diri. Maisng-masing melihat sikap ayah yang angin sejak balik dari pusat bahasa. Di tangan si ayah ada sehelai kertas.

“Dia ingat aku budak-budak!” kata ayah apabila melihat wajah anak sulung yang masih keliru.

Ayah duduk. Meletakkan kerta yang dipegangnya tadi ke atas meja. Ayah memang hendak mempelajari bahasa Inggeris. Ini semua kerana tuntutan kerja. Sejak beberapa minggu lalu dia berurusan dengan jurutera-jurutera dari luar negara. Meskipun ayah hanya kontraktor biasa, dia turut dipanggil sama apabila mesyuarat diadakan.

Si anak menghampiri meja di sisi kerusi ayahnya. Perlahan-lahan dia menarik kertas yang dibawa pulang oleh ayah tadi.

Ayah melihat semula kerta yang diambil anaknya, “Nama sahaja pusat bahasa terbaik di Kota Bharu. Kalau hendak mengajar sekalipun, lihatlah siapa anak-anak muridnya.”

Di kertas itu tertulislah latihan pertama yang diberi oleh guru di pusat bahasa yang dikenali ramai di bandar itu.

This is car, the car is red dengan gambar kereta berwarna merah tertera di atasnya.

Nota: Diceritakan semula oleh si anak kepadaku

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: