Cinta, bukan sekadar cerita

Apa yang hebat tentang filem CINTA. Aku pergi menonton bagi tayangan larut malam kerana satu sebab. Hendak melihat lakonan Dato Rahim Ghazali sebagai cikgu Ilyas, watak seorang tua yang menghidapi penyakit elzhaimer dan melalui hari-harinya dengan kisah yang sama. Pergi ke sekolah, ke kedai membeli akhbar, bermain catur, memotong rambut dan akhir sekali ke kedai Chong yang sudah lama tiada untuk membaiki jam tangan yang rosak. Itulah cikgu Ilyas dalam filem ini. Kehidupan yang sama ceritanya sehinggalah muncul Rubiah lakonan Fatimah Abu Bakar, wanita sebayanya yang mengusahakan restoran di tapak kedai Chong, rakan lama cikgu Ilyas.

Apa yang dilihat melalui mata pasti turun ke hati. Tetapi ada waktunya ia tidak sampai ke situ. Apa yang sudah turun ke hati mula timbul serasi sehinggalah perhubungan terbina dan perkongsian hidup bermula. Itulah perjalanan cinta.

Cinta mengubah sikap dan tingkah laku penerimanya. Baik lelaki mahupun perempuan, sikap memberi kesan kepada cinta yang diberikan kepada hati yang menerima.

Cerita ini memaparkan satu sudut menarik tentang dilema wanita bekerjaya Dyan yang berhadapan konflik menyintai suami orang, Kamal yang sebenarnya sudah mula ingin menjauhkan diri dari dirinya. Pada masa yang sama konflik kasih sayang dengan interpretasi memberi yang terbaik untuk adiknya Dhani turut membawa lebih banyak pertentangan.

Bukan sekadar lima kisah di sebalik satu cerita yang dipertontonkan kepada umum selama dua jam di panggung ini. Ia lebih dari itu. Jika mahu melihat latar yang hidup bersama-sama cerita lakonan watak-wataknya, filem ini mungkin sesuai untuk anda. Ia bukan filem cinta untuk seronok-seronok sahaja. Ia untuk mereka yang ingin merenung kembali sisi cinta dalam hidup mereka.

Jika saudara atau saudari penulis, mungkin ada adegan di kedai buku dalam filem ini merupakan salah satu kisah benar yang pernah dilakukan (aku ketawa sendiri).

Kata seorang pemuisi bernama Alexander Smith, menemui diri sendiri dalam orang lain adalah cinta dan kegembiraan ialah penghargaan ke atas dirinya.

Nota: Aku suka dengar kisah cinta orang-orang tua🙂

http://cintathemovie.com/main_bm.htm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: